Melintas jalan raya beramai-ramai. Begitulah kaedah paling berkesan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan jalan raya oleh murid-murid sekolah ( bukan semua sekolah ) di Indonesia. Cara ini di lakukan oleh murid-murid [ SDN Tulis 02 Batang, Indonesia ] pada waktu pulang dari sekolah.
Walaubagaimanapun mereka tetap diawasi dan menunggu arahan daripada gurunya sebelum bertindak melintas [sumber :suaramerdeka cybernews]
Murid-murid sekolah di negara kita bernasib baik kerana sistem keselamatan jalan raya di sekolah sentiasa
dipantau. Mereka dibantu oleh guru yang bertugas dengan kerjasama pengawal keselamatan semasa melintas pada waktu pergi dan balik dari sekolah.
Pelbagai kemudahan turut disediakan demi keselamatan nyawa anak-anak kita umpamanya seperti papan tanda, lintasan zebra, garisan kuning dan sebagainya.
Selain itu sekolah-sekolah yang terletak di kawasan sibuk disediakan dengan jejantas untuk murid-murid melintas.
Itu pun masih berlaku juga kemalangan kerana berpunca daripada sikap sesetengah pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Orang seperti ini sebenarnya tidak belajar ilmu Sivik, Pend Moral, dan Keselamatan Jalan Raya. Mungkin juga mereka sudah menjadi buta mata apabila saja berada di jalan raya dengan pelbagai alasan.
Sistem perundangan jalan raya di Malaysia sememangnya memberi perlindungan sepenuhnya kepada kanak-kanak. Walaupun anda dipihak yang betul, anda tetap dianggap bersalah apabila kemalangan berlaku melibatkan kanak-kanak.
11 Comments
pengguna jalan raya hendaknya berhati-hati bila melintas area ramai.
laju bebenor larinya..
kang ada plk kan yg t'sadung kat tgh2 jln..
ishk3..slow2 la dik oi..
pasti selamat pnye..
mesti diawasi sepenuhnya..
betul2
so kena bawa slow2 bila lalu depan sekolah