Adakah kad kredit patut dipersalahkan bila beban hutang makin tinggi? Sama juga dengan dadah. Jika dalam kuantiti sedikit, ia boleh membantu, bagaimana pula kesannya andai disalah guna? Begitu juga kad kredit yang boleh membebankan dalam tempoh jangka masa panjang.
Seharusnya, kita segera membayar jumlah kredit yang dipinjam supaya tidak ada kos tambahan dan caj dikenakan.
Cara yang paling mudah untuk mengelak penggunaan kad kredit selain mengurangkan perbelanjaan adalah tinggalkan saja kad kredit di rumah.
Apabila ke pasar raya, elak menggunakan troli, sebaliknya ambil bakul.
Biarpun dua benda yang sama, tetapi secara psikologi menyaksikan kita
hanya mengambil barang yang perlu saja.
Dari segi had perbelanjaan kad kredit, kita boleh mengarahkan pihak bank mengurangkan jumlah had atau credit limit sebagai alternatif mengelak daripada terus menggunakan kemudahan itu.
Kita mudah terperangkap menggunakan kad
kredit tanpa disedari. Kita ambil contoh ini… Bayangkan, andai kita
perlu membayar balik pinjaman RM5,000 mengikut jumlah minimum kad
kredit. Ini akan mengambil masa lebih tujuh tahun untuk
melangsaikannya… Inilah beban jangka masa panjang.
Situasi ini amat membahayakan terutama
kepada generasi muda hari ini. Kebanyakan daripada kita cenderung
mengutamakan perbelanjaan menyambut setiap perayaan seperti Aidilfitri,
Aidiladha, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali, tetapi adakah kita
merancang perbelanjaan selepas perayaan tersebut?
Itulah sebabnya tabungan amat penting.
Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas
musim perayaan. Bayangkan andai berlaku kecemasan yang memerlukan kita
membelanjakan banyak wang.
Tidak dapat banyak, sedikitpun harus kita menabung… Jadikan ia suatu amalan.
TIP: Belanja Berhemah:
- Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli
- Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki
- Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat
- Elak menggunakan kad kredit
- Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih
- Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran
- Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan
- Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti sama
5 Comments
"Kredit" bermaksud "hutang berfaedah". "Hutang berfaedah" = Riba. Oleh itu Kad Kredit = Kad Riba.
tp jd musuh kalo salah guna
skang bila dah mampu .. saja je cakap gaji saya kecik je .. hahahah dorang tak kacau laa lepas tu ... kuang kuang kuang ...