Menara Jam Makkah yang berada pada ketinggian 600 meter dari aras laut, menjadi mercu
tanda bangunan ketiga tertinggi di dunia. Dari ketinggian itu juga dapat
dilihat keseluruhan kota Makkah. Menara
jam berkenaan juga boleh lihat dari kejauhan 13 kilometer.
Tahukah anda apa yang ada di dalam replika bulan sabit menara jam Makkah?
Di dalam bulan sabit menara jam besar Makkah yang indah ini, terdapat sebuah bilik yang sangat istimewa. Bilik istimewa di atas menara ini telah dikhususkan semata-mata untuk pegawai dan staf yang bertugas melakukan ibadah solat. Bilik di dalam bulan sabit menara jam Makkah kini telah menjadi tempat ibadat tertinggi di dunia. Dalam erti kata lain, terdapat sebuah bilik musola di dalam struktur bulan sabit itu.
Pada awal masa pembinaan menara
jam Makkah, terlalu sukar bagi jurutera dan kakitangan pembinaan turun naik
berulang-alik dari replika bulan sabit untuk mengerjakan solat. Justeru mereka mula solat di dalam bilik
tersebut. Para jurutera sangat menyukai idea itu sehingga mereka membuat
keputusan menjadikannya sebagai bilik musola kekal di dalam struktur bangunan bulan
sabit menara jam Makkah itu.
Hanya pegawai yang bekerja di menara jam boleh sampai ke bilik itu kerana ia tidak dibuka kepada orang awam. Namun, anda boleh membeli tiket ke muzium Menara Jam Makkah untuk menikmati pemandangan dari atas menara tersebut. tiktok radinfikri
0 Comments