Subscribe Us

Lempeng Tepung Barli Enak Berkhasiat

Jika anda rasa jemu bersarapan pagi dengan lempeng gandum, cubalah dengan lempeng tepung barli.  Selain berkhasiat rasanya juga enak, lembut dan mengasyikkan.  Tepung barli paket boleh di dapati di kedai mini atau di pasar raya atau di Shopee.


Bagi pesakit buah pinggang, anda boleh mengambil lempeng barli. Sangat sedap dan mengenyangkan.

Hanya 3 bahan sahaja!


Bahan-bahan:

4 sudu makan tepung barli

1 cawan air

Secubit garam bukit

 

Cara masak:

1. Blend semua bahan.

2. Panaskan kuali leper non-stick dan letak sedikit minyak zaitun.

3. Tuang satu senduk adunan lempeng ke atas kuali dan apabila agak keperangan, sedia untuk diangkat.

4. Boleh dimakan bersama madu dan buah buahan.  Selamat mencuba! [FB Neo Medicare]


7 Khasiat Barli

1. Mengandungi Nutrien Penting.

2. Membantu Meningkatkan Penghadaman.

3. Membantu Menurunkan Paras Kolesterol.

4. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung.

5.Mencegah Batu Karang Hempedu dan mengurangkan risiko pembedahan hempedu.

6. Membantu Menurunkan Berat Badan.

7. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Lydia Miza berkata…
nak try lah,tak pernah try lagi tepung barli