Subscribe Us

'Suhaimi Cafe', Restoran Sarapan Pagi Paling Popular, Mesti Singgah

Jika anda sedang bersiaran di Ipoh bersama famili atau rakan, yang sedang tercari-cari kedai untuk bersarapan pagi, orangmuo sarankan pergilah ke Suhaimi Café, terletak di No 11, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaff, Jelapang, Ipoh. 


Restoran ini merupakan salah satu tempat sarapan pagi yang sangat popular di Ipoh. Ia menyajikan pelbagai jenis sarapan pagi berasaskan roti selain menu-menu lainnya yang kesemuanya sangat menarik, sangat sedap, anda pasti ingin menikmati setiap menu yang disediakan.

 

Hampir setiap hari pelanggan yang berkunjung di kafe ini memang sangat ramai. Walaupun Kafe ini menyediakan tempat makan sedia ada dengan dua pintu rumah kedai yang sudah luas, masih ramai pelanggan lain yang berada di luar setia menunggu beratur panjang menanti giliran untuk mendapatkan meja. Pada hari minggu atau cuti umum pula mereka sanggup beratur dengan barisan yang memanjang hingga ke jalan utama. 



Sambutan luar biasa dari kalangan pelanggan yang sentiasa hangat adalah kerana kualiti menu yang tersedia sangat sedap, lazat dan amat memuaskan.  Selain itu mutu perkhidmatan staf sangat profesional, cekap dan sentiasa mesra alam. Setiap menu yang dipesan pelanggan dapat disediakan dengan cepat, tidak perlu menunggu lama walaupun pelanggan sentiasa memenuhi setiap meja makan yang disediakan.

 

Menu sarapan pagi yang tersedia agak ringkas tetapi amat memenuhi citarasa, antaranya roti benggali kukus atau bakar, roti benggali kari ayam, roti telur goyang, mi kari, spageti carbonara, roti kitab telur kaya, kacang pool, telur setengah masak spesial dan banyak lagi. Roti yang disediakan betul-betul gebu, segar dan hangat, ayam karinya ketul besar, kuah karinya pula sangat segar, wangi dan pekat.




Mi Kari Suhaimi Kafe merupakan antara menu yang digilai ramai selepas Roti Benggali. Kuahnya yang pekat mempunyai aroma yang cukup memikat, rasa kuahnya seperti mi kari nyonya, boleh bikin sesiapa sahaja meleleh.


Roti Benggali Kari Ayam Suhaimi Cafe ini merupakan antara menu yang menjadi kegemaran ramai pelanggannya. Roti Benggali yang dicicah bersama kuah kari ayam yang pekat rasanya menambahkan keenakan menu ini.  Anda juga boleh memesan roti benggali kaya bakar atau kukus yang lazat menjilat jari.

 



Roti benggali telur goyang seri kaya juga tidak kurang keenakannya. Tekstur rotinya sangat lembut gebus, dimakan bersama telur setengah masak dengan kaya memang ada kelainan nikmatnya.


Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis kopi. Manakala minuman yang disediakan pula antara paling popular adalah kopi vietnam. Ia mempunyai Kopi Vietnam dengan tiga jenis kopi yang berbeza, antaranya arabica robusta. Rasa kopi yang pekat namun tidak terlalu pahit menjadikan kopi ini begitu istimewa. Harganya pula agak murah, berbaloi setiap sen dan masa anda beratur.  Selain kopi ada banyak minuman lain disajikan sama ada panas ataupun sejuk.


Kafe Suhaimi Ipoh adalah tempat yang terbaik untuk membawa tetamu anda, jika mereka boleh bangun awal itu adalah lebih bagus untuk mengelakkan dari beratur panjang.


Cafe Suhaimi Ipoh di buka pada setiap hari mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, kecuali hari Selasa tutup.

Catat Ulasan

0 Ulasan