Peminat dan penggemar pokok orkid pastinya sangat meminati akan kecantikan, keanggunan dan keunikan spesies bunga orkid yang pelbagai jenis. Terdapat banyak genera yang berbeza bagi bunga yang menakjubkan ini, antaranya "Phalaenopsis" yang biasanya dikenali sebagai orkid rama-rama.
Sebuah syarikat Waltex Biotec Sdn Bhd yang mengusahakan tanaman orkid terletak di Ulu Yam, Selangor, merupakan pemilik ladang khas genus orkid Phalaenopsis terbesar di Malaysia. Ladang ini hanya menumpukan 100% pengeluaran orkid jenis Phalaenopsis.
"World of Phalaenopsis" dibina di atas tanah pertanian seluas 6 ekar yang terletak di Ulu Yam. Syarikat ini memulakan perniagaannya dari peringkat awal dengan membuat penyelidikan, seterusnya mengusahakan dan membiak orkid Phalaenopsis bermula pada 27 Februari 2006.
Walaupun perjalanan dari Muo
ke HuluYam memakan masa kira-kira 3 jam setengah, ia sangat berbaloi sebaik
sahaja melangkah ke ladang orkid ini.
Anda akan terpegun dengan kepelbagaian orkid yang ada di ladang ini.
Ladang ini memiliki ruang
landskap umpama sebuah taman riadah yang sangat indah, amat sesuai sebagai
destinasi keluarga untuk berehat dan bersantai menikmati persekitaran yang sanga mewah bergaya. Ia dipenuhi dengan
bermacam-macam bentuk hiasan dekorasi orkid Phalaenopsis pelbagai warna dan
saiz, tersusun kemas, sedap mata memandang.
Anda berpeluang menikmati suasana nyaman dengan pemandangan himpunan bunga-bungaan yang berwarna-warni, berpeluang mengabadikan kenangan dengan sesi bergambar berlatarkan keindahan rimbunan bunga orkid.
Orkid Phalaenopsis juga dikenali sebagai "orkid rama-rama" kerana nama "Phalaenopsis" berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "penampilan rama-rama". Orkid Phalaenopsis mampu berkembang dengan sedikit penjagaan dan air, ia juga sesuai di kebanyakan persekitaran rumah. Bunga-bunga eksotik dan luar biasa boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz.
Ladang ini juga menyediakan dua buah kedai menjual orkid Phalaenopsis dengan harga yang berpatutan. Terdapat 400 jenis orkid yang ditanam di World of Phalaenopsis dan boleh didapati dalam pelbagai warna merah jambu, kuning, ungu, putih dan lain-lain dengan pelbagai peringkat umur dan saiz pokok.
Kafe ini sangat istimewa selain dilengkapi dengan perabot cantik, ia juga dihiasai pelbagai jenis orkid dan tumbuhan hijau di sekeliling kafe dan meja makan. Kafe ini menawarkan beberapa jenis menu minuman dan makanan.
Selanjutnya ikuti Cara Penjagaan Orkid Phalaenopsis Yang Betul.
Ketahui lebih lanjut tentang "World of Phalaenopsis" di tapak web, Facebook dan profil Instagramnya;
World of Phalaenopsis
Lot 1017, Kampung Sungai Kamin
Ulu Yam Baru
44300 Batang Kali, Selangor
Hubungi: 03-60751133 /
011-72709880
Waktu perniagaan: 9 pagi
hingga 5 petang setiap hari
0 Comments