KDNK, atau Keluaran Dalam
Negara Kasar, ialah ukuran kekayaan dalam negara yang datang daripada pelbagai sumber
termasuk hasil eksport, pendapatan, penggunaan, nilai barangan dan perkhidmatan
yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun.
Penetapan penanda aras mengikut metrik dan parameter yang sama secara menyeluruh bagi menunjuk dan membanding kekayaan sesebuah negara adalah perkara yang menjadikan KDNK begitu popular. KDNK per kapita ialah kekayaan dibahagikan dengan bilangan penduduk di negara itu merupakan kaedah pengukuran standard yang boleh memberikan gambaran tentang kualiti hidup di sesebuah negara. Jika KDNK per kapita sesebuah negara itu tinggi, ini menunjukkan kekayaan dan kemakmuran penduduk di negara tersebut adalah tinggi.
Berikut ialah kedudukan 15
negara terkaya di dunia, menggunakan KDNK per kapita Pariti Kuasa Beli (PPP).
PPP ialah metrik popular yang digunakan oleh penganalisis makroekonomi untuk
membandingkan mata wang negara yang berbeza melalui kos "bakul
barangan" dan membolehkan perbandingan produktiviti ekonomi dan taraf
hidup yang lebih langsung antara negara.
1. Luxembourg
Penduduk: 629,191
KDNK per kapita (PPP):
$120,962.2
-Terkenal dengan tahap
berpendapatan tinggi dan kadar pengangguran yang rendah,
-Kadar inflasinya hanya pada
1.1%, kekayaannya juga sangat stabil.
-Mempunyai ramai bilangan
orang kaya berpendapatan mega.
-Infrastruktur yang canggih
dan bernilai tinggi untuk pasaran buruh menarik pelaburan dan firma luar yang besar.
Penduduk: 5,866,407
KDNK per kapita (PPP): $101,936.7
-Menjadi hab pusat dunia untuk
firma perkhidmatan kewangan global memacu ekonomi.
-Kadar gaji yang tinggi dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, kejuruteraan pengangkutan dan logistik memberikan
keselesaan kepada rakyatnya dengan baik.
-Pengeluaran barangan elektronik,
bioteknologi dan bahan kimia adalah eksport utama negara.
-Penyediaan infrastruktur
mewah dan meluaskan sektor pelancongannya dengan ketara, telah menarik
berjuta-juta pelancong setiap tahun.
-Persekitaran ekonomi yang
sangat mesra pelabur bagi perdagangan bebas, pasaran terbuka dan kadar cukai
yang rendah, menjadi daya tarikan firma antarabangsa dan pengembara perniagaan.
3. Qatar
Penduduk: 2,899,617
KDNK per kapita (PPP):
$93,851.7
-Pengeluar dan pengeksport
minyak dan gas dunia
-Menerima pulangan yang ketara
ke atas pelaburan dalam jenama asing, bank, dan juga pasukan bola sepak Paris
Saint-Germain dan hartanah di London.
4. Ireland
Penduduk: 4,953,494
KDNK per kapita (PPP):
$87,212.0
-Cukai korporat yang rendah
terus menarik banyak syarikat berbilion dolar untuk memindahkan dan
mengembangkan perniagaan mereka di Ireland
-Faktor kestabilan negara dan
perolehan kekayaan yang berterusan daripada pelancongan, pertanian, dan
pembuatan
-Eksport utama negara terdiri
daripada logam dan produk makanan, termasuk pembuatan bir, komputer, alat ganti
dan perisian, serta tekstil.
5. Switzerland
Penduduk: 8,675,923
KDNK per kapita (PPP):
$70,276.6
-Kadar nilai wang Swiss Frank
yang sangat tinggi, banyak pelabur melibatkan diri dengan negara ini melalui
perniagaan atau pelancongan.
-Kaya dengan sumber semula
jadi, menjadi pengeluar barangan berkualiti seperti coklat, keju, barang kemas,
hiasan rumah dan perabot dengan permintaan yang tinggi.
-Keindahan alam semulajadi
kawasan pergunungan serta keindahan bandarnya dengan gaya hidup mewah menjadi
daya tarikan berjuta-juta pelancong
setiap tahun.
6. Emiriah Arab Bersatu
Penduduk: 9,926,221
KDNK per kapita (PPP):
$69,957.6
-Peringkat awal terkenal
dengan industri mutiara
-Pusat peranginan paling
mewah di dunia, Dubai, bersama-sama dengan seluruh negara dalam sektor
pelancongan berterusan.
-Pengeluar dan pengeksport
minyak dan gas dunia
7. Norway
Penduduk: 5,435,878
KDNK per kapita (PPP):
$67,978.7
8. Amerika Syarikat
Penduduk: 331,643,466
KDNK per kapita (PPP):
$65,279.5
9. Brunei
Penduduk: 438,788
KDNK per kapita (PPP):
$64,724.1
-Setelah mencapai kemerdekaan
daripada Britain pada tahun 1984, ekonomi negara kecil Brunei telah berkembang dengan
pantas, menjadi salah satu negara terkaya di dunia.
-Sistem pemerintahan beraja, Sultan
mengawal segala-galanya daripada ketenteraan kepada ekonomi, dan undang-undang
negara,
-Kerajaan di bawah Sultan menyediakan
pendidikan dan rawatan perubatan percuma untuk rakyatnya.
-Memiliki rizab minyak yang
besar, pengeksport minyak dunia
10. San Marino
Penduduk: 33,931
KDNK per kapita (PPP):
$61,006.8
11. Denmark
Penduduk: 5,818,550
KDNK per kapita (PPP):
$60,334.8
12. Belanda
Penduduk: 17,332,850
KDNK per kapita (PPP):
$59,469.1
13. Austria
Bandar bersejarah
Penduduk: 8,877,070
KDNK per kapita (PPP):
$58,649.7
14. Iceland
Penduduk: 361,310
KDNK per kapita (PPP):
$58,512.7
15. Jerman
Penduduk: 83,132,800
KDNK per kapita (PPP):
$55,891.2
[worldatlas.com]
0 Comments