Kita tahu bahawa bunyi tidak bergerak di angkasa lepas kerana persekitaran vakum tidak mempunyai zarah untuk membawa gelombang bunyi. Ini kerana bunyi bergerak melalui zarah yang bertembung antara satu sama lain semasa ia bergetar. Oleh itu, bunyi boleh bergerak melalui pepejal, cecair dan gas.
Gelombang bunyi bergerak empat
kali lebih cepat di dalam air berbanding di udara kerana jarak antara zarah
yang lebih rapat. Dalam keadaan cecair, zarah-zarah lebih dekat antara satu
sama lain berbanding dengan keadaan gas dan apabila zarah menerima sedikit
tenaga daripada gelombang bunyi, ia kemudiannya akan memindahkannya ke zarah
jiran dan menyebabkan getaran.
Satu lagi fakta menarik ialah
suhu juga mempengaruhi kelajuan bunyi. Walaubagaimanapun, ia bukan disebabkan
oleh betapa rapatnya zarah antara satu sama lain tetapi disebabkan oleh jumlah
tenaga yang dibawa oleh setiap zarah. Zarah panas atau hangat membawa lebih
banyak tenaga dan menghantar bunyi lebih baik berbanding zarah yang lebih
sejuk.
Air di kawasan tropika
menghantar bunyi lebih cepat berbanding air di Antartika. [
0 Comments