KOMPLEKS Nasyrul Quran
terletak di Presint 14, Putrajaya bernilai RM60 juta, menjadikan
Malaysia sebagai negara pengeluar dan pencetak al-Quran kedua terbesar di dunia
selepas Arab Saudi. Kompleks ini memulakan operasi secara rasmi bermula pada
tahun 2017.
Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana negara malah menghormati pusat percetakan terbesar di dunia terletak di Madinah selain banyak lagi pusat pengeluar di Asia Barat dan serantau. Tujuan utama Malaysia mahu terbabit adalah untuk menyumbang kepada dunia Islam melalui cetakan al-Quran mengikut mushaf Malaysia.
Kompleks berkenaan diletakkan di
bawah naungan kerajaan dengan kerjasama beberapa pihak seperti Yayasan Restu,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri serta
Perbadanan Putrajaya (PPj) turut menjalankan pemberian sumbangan terutama
kepada masyarakat di negara mempunyai minoriti Islam melalui wakaf al-Quran.
Bangunan Kompleks Nasyrul
Quran sangat indah dan dipenuhi dengan perhiasan yang cantik dari ayat-ayat
al-Quran dan artifak Islam. Dengan
kelengkapan yang moden dan serba canggih, Kompleks Nasyrul Quran mampu untuk
mencetak 1 juta naskhah al-Quran setiap tahun, dengan 70 peratus daripadanya
untuk kegunaan umat Islam di Malaysia manakala selebihnya diwakafkan ke negara-negara luar dengan minoriti umat Islam.
Kompleks ini juga mempunyai
galeri pameran, ruang latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria,
galeri melihat proses percetakan, dan pejabat pentadbiran dan pengurusan.
Malaysia juga mahu menyumbang kepada usaha itu melalui jilid al-Quran sendiri.
Pelbagai versi pencetakan
al-Quran yang berbeza yang boleh didapati dari seluruh dunia juga terdapat di
kompleks ini.
Pelawat juga berpeluang untuk
melihat sendiri pelbagai jenis tulisan dan kaedah pencetakan yang digunakan
untuk menghasilkan al-Quran dari rantau dan negara lain di kompleks ini.
Namun, bagi menjaga kebersihan
dan kesucian al-Quran di sini, sebelum dibenarkan untuk memasuki kompleks ini
bagi mengunjungi kawasan pameran, pelawat perlu menanggalkan kasut terlebih
dahulu.
Pelbagai peralatan dan proses
berbeza bagi mencetak dan menghasilkan naskhah al-Quran boleh dilihat sendiri
oleh pengunjung.
Turut disediakan ialah khidmat
jurupandu yang akan membawa pengunjung untuk mengikuti sesi lawatan dan pameran
yang terdapat di Kompleks Nasyrul Quran.
Pelbagai jenis produk
berkaitan al-Quran, buku, poster, seni khat, cenderahati dan banyak lagi turut
dijual untuk pengunjung.
Kompleks Nasyrul Quran dibuka
kepada orang ramai secara percuma dan ianya juga mesra kanak-kanak.
Lawatan Lawatan Ke Nasyrul Quran
Untuk permohonan lawatan, sila
whatsapp cik Afiqah dengan menekan pautan berikut;
www.wasap.my/+60167182741
- Masuk adalah percuma
- Digalakan berwakaf
- Permohonan perlu lawatan
perlu di buat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan
- Permohonan lawatan perlu lah
mendapat maklumbalas kelulusan dahulu daripada admin kami untuk membuat lawatan
- Lawatan ini mengambil masa selama 2 jam (bergantung kepada pelawat)
Waktu Operasi Nasyrul Quran
Jam 9.00 pagi - 5 petang
(ISNIN-SABTU) AHAD & CUTI UMUM TUTUP
0 Comments