Subscribe Us

Bagaimana Sabun membunuh Kuman

Mencuci tangan dengan sabun dapat membantu membunuh kuman atau menghilangkan kuman yang melekat pada tangan, termasuk virus Covid-19. Kita perlu mencuci tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat supaya kuman dapat dinyakaktifkan.  Bagaimanakah sifat sabun itu sendiri berupaya membunuh kuman dan virus?  Sabun mempunyai strukturnya tersendiri.


Molekul sabun merupakan rantaian panjang yang terdiri daripada karbon dan hidrogen. Rantaian tersebut mempunyai dua hujung dan setiap hujung mempunyai sifat berlainan.  Satu hujung bersifat hidrofobik (tidak suka air dan akan bergabung dengan molekul minyak) manakala satu lagi hujung bersifat hidrofilik (tidak suka minyak dan akan bergabung dengan molekul air).


 

Kuman sering melekat di tangan kita kerana kulit mempunyai sebum dan minyak.  Kuman yang melekat dengan molekul minyak akan bergabung di hujung hidrofobik. Hujung hidrofilik pula akan menolak molekul minyak ke arah air untuk dinyahkan dari permukaan tangan. 


Virus terdiri dari molekul protein dan lemak, sebab itulah sabun dapat memecahkan molekul-molekul ini seperti mana pinggan berminyak menjadi bersih. Oleh itu mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air merupakan tindakan paling berkesan untuk membunuh kuman dan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. [thepetridish.my]

Catat Ulasan

0 Ulasan