Subscribe Us

Datuk Onn Hafiz Ghazi Cicit Dato' Onn Jaafar Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Johor Yang Baharu


Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.


Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor itu berlangsung di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut disaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Datuk Onn Hafiz Ghazi, 44, dilantik sebagai Menteri Besar ke-19, beliau mengulangi sejarah moyangnya yang memegang jawatan sama, iaitu Dato' Jaafar Muhammad (Menteri Besar Johor Pertama), Dato' Onn Jaafar (Menteri Besar Johor Ke-7).


Onn Hafiz merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO pertama, Allahyarham Dato' Onn Jaafar dan cucu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein bin Dato' Onn. (FB Kesultanan Johor)

Catat Ulasan

0 Ulasan