Superglue adalah pelekat yang
sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu
ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan
pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate
oleh air.
Gam jenis superglue atau biasa kita panggil gam gajah sering kita gunakan di rumah untuk membaik pulih barangan yang telah tanggal gamnya seperti kasut tercabut tapak, kegunaan sekolah anak-anak atau untuk mencantumkan barang yang pecah, terkopak dan sebagainya.
Namun kadangkala berlaku
kecuaian semasa menggunakan superglue mengakibatkan gam ini tertumpah atau
meleleh lalu terkena jari atau tangan. Superglue dengan mudah boleh terikat
pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita.
Apabila hal ini berlaku ia
akan melekat begitu kuat dan meninggalkan kesan gam yang kasar pada kulit dan sangat
sukar untuk ditanggalkan walaupun kita cuci berkali-kali, malah akan
menyebabkan kulit menggelupas dan menyebabkan luka. Jika tidak ditanggalkan,
ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Apa cara yang boleh kita gunakan
untuk menanggalkan gam gajah yang kena pada tangan?
Menurut ChM Dr Fatimah Salim, ahli Kimia dan pensyarah UiTM, cara mudah dan berkesan, untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering. Kemudian gosokatau gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam itu larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air. Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan.
Sekiranya bahagian yang
terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga
superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit
boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue. Semoga bermanfaat! [Facebook Dr Fatimah Salim]
0 Comments