Subscribe Us

Muar Bandar Terbersih, Terima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Award (ACTC) 2022,


19 JANUARI 2022, Sihanouk Ville, Cambodia


Majlis Penyampaian anugerah ASEAN Clean Tourist City Award (ACTC) bagi menilai bandar bandar terbersih Asean sempena ASEAN Tourism Forum 2022.


Majlis Perbandaran Muar telah menerima pengiktirafan sebagai salah satu Bandar Pelancongan Terbersih  peringkat ASEAN. Penganugerahan ini merupakan kali kedua selepas pengiktirafan pertama diraih pada tahun 2018-2020 Di Chiang Mai, Thailand sempena ASEAN Tourism Forum pada ketika itu.



Kejayaan ini dicapai hasil usaha semua pihak dalam memacu pemerkasaan penglibatan  agensi & komuniti serta pelbagai program yang dianjurkan dalam agenda kebersihan di daerah Muar. 



Menjunjung kasih jua mengadap DYMM Sultan Johor yang menjadi sumber inspirasi  &  penyatuan dalam memastikan keharmonian dan usaha melestarikan kebersihan di daerah Muar khusus nya dan Negeri Johor amnya sentiasa terpelihara. Kemampanan tadbir urus tertinggi pimpinan pegawai kerajaan negeri yang sentiasa memberi dorongan dan bimbingan dalam pelbagai aspek telah memberi impak positif dalam melestarikan usaha ini.


Selain bandar Muar, dua lagi bandar di Malaysia iaitu bandar Georgetown dan Langkawi juga turut menerima anugerah bagi kategori yang sama.


Dengan anugerah ini diharapkan agenda menjaga kebersihan menjadi sikap setiap warga Muar terus memastikan tiada sampah dibuang merata-rata seterusnya memastikan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih dan lestari. (MPM)

KEPADA ALLAH BERSERAH

Post a Comment

0 Comments