Saya ada menulis beberapa
dapatan dari Fiqh Banjir oleh INFAD, iFFAH dan juga USIM yang dikelola oleh Dr
Irwan Bin Mohd Subri pengarah International Fatwa and Halal Centre (iFFAH).
Moga bermanfaat buat mangsa banjir yang terkesan.
1. Air banjir boleh dikira air
mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. Tapi
yang sunat macam berkumur dan masukkan air dalam hidung tak perlu. Kalau ada
najis atau bangkai yang berdekatan air tersebut, boleh guna air yang jauh sikit
dari tempat tu.
2. Air banjir juga boleh
digunakan untuk beristinjak. Jika ada benda2 kesat seperti tisu, kertas dan
kain, ia juga boleh digunakan. Benda yang tak boleh guna ialah najis seperti
tahi kering atau benda2 yang dihormati macam makanan.
3. Kalau pusat penempatan
banjir terputus bekalan air atau air tu cukup untuk minum je, boleh tayammum.
Mangsa banjir yang sakit dan tak boleh guna air pun boleh tayammum. Kalau susah
dapat debu tanah, boleh tepuk debu yang ada dekat dinding, cermin, meja atau
tempat2 lain.
4. Solat Jumaat wajib untuk
lelaki. Kalau ada masjid dan surau yang dekat dan tiada halangan, kena solat
kat sana. Kalau ada halangan, pusat pemindahan banjir kena hubungi Jabatan
Mufti supaya luluskan solat Jumaat dekat pusat tu.
5. Masa banjir, mangsa atau
petugas banjir boleh solat jamak ketika situasi mendesak macam selamat diri dan
juga harta. Kalau sempat jamak taqdim sebab dulu sebab takut ada kesukaran nak
jamak takhir, maka digalakkan untuk solat jamak taqdim.
6. Aurat wajib tutup bagi
lelaki & perempuan. Kalau darurat syarie, boleh bersentuhan antara bukan
mahram sekadar perlu je. Penempatan mangsa banjir yang bujang perlu diasingkan
lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
7. Yang berkeluarga boleh
letak di tempat yang terpelihara aurat mereka. Boleh guna langsir, khemah atau
pemisah yang lain. Mangsa atau petugas banjir kena jaga pergaulan antara bukan
mahram dan tidak berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.
8. Dalam situasi banjir, air
banjir boleh digunakan untuk mandikan mayat. Yang mandikan jenazah kena yang
sama jantina. Kalau pusat pemindahan takde air atau air hanya cukup untuk minum
je, boleh tayammumkan mayat bagi ganti mandi jenazah. Kalau tayammum pun tak boleh,
terus solat.
9. Yang kafankan jenazah pun
kena yang sama jantina. Pastu kalau tak ada kain yang mencukupi atau warna
putih, boleh guna sekadar yang mampu untuk tutup jenazah. Selepas itu wajib
disolatkan dan dikebumikan dekat tanah perkuburan yang disediakan pihak
berkuasa.
10. Tak boleh ambil harta
orang lain tanpa dibenarkan pemiliknya. Kalau dalam darurat syarie, makanan
atau barang yang dimakan dan diambil sekadar untuk terus hidup, mesti diganti
semula atau dibayar harganya jika diketahui pemiliknya.
11. Jika pemiliknya tak
diketahui lepas dicari dengan bersungguh2, kena usaha hebahkan. Kemudian dia
kena sedekah harga anggaran makanan atau
barang yang diambil itu. Kalau pemiliknya dijumpai lepas tu, kena ganti semula
atau bayar harga mengikut budi bicara pemiliknya.
12. Barang yang kita jumpa
waktu banjir ni kita boleh bahagi kepada 2 jenis. Pertamanya yang mudah rosak
atau susut nilai macam makanan yang dh dimasak dll. Yang ni boleh dimakan atau
dimanfaatkan. Tapi kalau pemilik tuntut dengan bukti, kena ganti semula atau
bayar ikut budi bicara.
13. Yang keduanya barangan
yang tak mudah rosak macam jam, barang kemas dll. Yang ni kalau dijumpai boleh
ambil/simpan untuk tujuan jaga barang tu dan iklankan selama setahun sedaya
upaya.
14. Lepas setahun, barangan tu
boleh dimanfaatkan oleh orang yang jumpa. Tapi kalau pemilik asal tuntut samada
sebelum atau selepas setahun, kena berikan semula kepada pemilik asal. Pusat
penempatan banjir boleh buat inisiatif tabung atau kaunter uruskan barang
luqatah (lost &found).
15. Oh ya, tentang solat tadi
lupa nak tambah pasal boleh tak solat dengan pakaian yang terkena lumpur.
Jawapannya boleh sebab lumpur bukan najis.
16. Satu lagi solat dalam
keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk
sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang
sempurna.
17. Last sekali, boleh tak
bagi zakat kepada mangsa banjir? Harus sebab mereka dikira dalam golongan
al-Gharimin iaitu orang yang terkena mudarat/bencana yang menyebabkan harta
mereka musnah.
Untuk bacaan lanjut, boleh dowload aplikasi Fiqh Banjir (FIBA) di PlayStore.
Saya juga ada merujuk artikel
yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dengan kerjasama USIM
dan INFAD.
Moga bermanfaat buat semua.
0 Comments