Subscribe Us

Seafoods Segar Dari Ladang, Tempat Makan Santai Terapung Atas Air - "Warrung Seafoods Pak Bakar Muo"

Sesekali kita teringin juga hendak menikmati ‘seafood’ atau makanan laut seperti ikan bakar, pari bakar, sotong goreng tepung, ketam goreng cili, atau kerang bakar.  Bagi penduduk sekitar daerah Muo yang berhampiran, kini anda mempunyai satu lagi tempat baru untuk mencuba keenakan makanan laut segar dan lazat.  Anda bolehlah mencuba di  “Warrung Pak Bakar” yang menyediakan pelbagai menu berasaskan makanan laut segar dari ladang. Kedai ikan bakar Pak Bakar ini terletak di Parit Bakar Laut,  Jalan Joned, Muar. 

Lokasi: https://goo.gl/maps/bbSkJN3fhLkrRT6L9.


"Warrung Pak Bakar" diasaskan oleh Allahyarham Pak Bakar (baru meninggal dunia pada 25 Jun 2021), memulakan perniagaannya pada awal tahun 2020. Kini perniagaan kedai ikan bakar Pak Bakar diuruskan oleh anaknya, En Sufian bersama 4 orang lagi adik beradik. 


Apa istimewanya Warung Ikan Bakar Pak Bakar ni?  Kedai makan Pak Bakar ini ada kelainan berbanding medan ikan bakar yang lainnya.  Jika anda ingin merasai suasana semulajadi seperti di tepi laut, anda bolehlah ke sini kerana tempat makannya dibina di atas air, ditengah-tengah kolam ikan dan udang yang luas.  Pemandangan sekelilingnya juga memang sangat menarik dan nyaman dengan tiupan angin dari laut kerana tempat makan ini terletak betul-betul di tepi laut.

 



Selain itu, para pengunjung terutamanya kanak-kanak semestinya sangat teruja dan seronok kerana dapat melihat dengan lebih dekat bermacam-macam jenis ikan bebas berenang-renang keliling bangunan tempat makan yang terletak di tengah kolam.

Anda boleh memilih sendiri pelbagai jenis makanan laut segar yang disediakan di tempat khas untuk para pelanggan yang datang berkunjung. 


"Warrung Pak Bakar" menyajikan banyak pilihan menu pelbagai jenis makanan laut yang segar dengan harga yang berpatutan.


Antara menu yang boleh anda cuba ialah ikan bakar sambal, sotong, kerang dan udang sambal, sotong dan udang goreng kunyit, ketam masak sweet sour, sotong goreng tepung, dan pastinya ikan siakap bakar sambal dan siakap 3 rasa, disamping pelbagai jenis ikan lain juga disediakan termasuk jenahak, pari, cencaru dan sebagainya.


Kesemua menu memiliki rasa yang enak dan lazat, pengunjung pasti sangat berpuas hati dengan hidangan yang dimasak dengan resepi dan cara tersendiri menerbitkan rasa keenakan yang unik dan sering menjadi pilihan pelanggan sebagai hidangan istimewa.


Menurut En Sufian, menu istimewa di warungnya ialah ‘nasi lemak basmathi’ (beras Basmathi berkualiti) yang ternyata sangat sedap rasanya.  Para pengunjung pastinya akan mendapatkan nasi lemak basmathi selain makanan laut lainnya.

 

Pelbagai jenis minuman panas dan sejuk juga disediakan, namun jus minuman segar buah-buahan tidak terdapat di sini.




Bagaimana pula dengan servis? Jangan risau, “Warrung Ikan Bakar Pak Bakar” mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi, cekap, cepat dan pantas, serta disiplin kerja yang baik walaupun ketika ramai pengunjung datang. Mereka dapat menangani situasi dengan baik. Anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang di pesan kerana mereka dapat menyediakannya dengan kadar waktu yang cepat.  Tukang masaknya pun mahir dan profesional.  


Penggemar hidangan makanan laut yang pernah makan di sini pastinya mempunyai seribu satu kenangan mengapa mereka sangat menggemari tempat ini.  Nak tahu, datanglah sendiri bersama famili, nikmati keenakan ‘seofood Pak Bakar’ bersama keindahan suasana alam sekeliling di atas air yang nyaman dengan tiupan dingin sang bayu dari Selat Melaka yang luas.


 

"Warrong Pak Bakar", Parit Bakar Laut, Jalan Joned, Muar

 Buka Dari Jam 5.30 Petang – 10.00 malam

 Tutup : Setiap hari Khamis

Lokasi: : https://goo.gl/maps/bbSkJN3fhLkrRT6L9

 FB: Warronq Pak Bakar

Post a Comment

0 Comments