Subscribe Us

Video Viral, Seorang Doktor India Makan Najis Lembu, Mendakwa Ia Membersihkan Badan, Minda dan Jiwa

Seorang doktor Perubatan Tradisional, Dr Manoj Mittal, pakar kanak-kanak dari Haryana, di India, mencetuskan kontroversi dalam talian selepas muncul dalam video sedang viral memuji kebaikan air kencing dan tahi lembu, sambil memakannya dengan bersahaja.


Dalam video yang disiarkan baru-baru ini yang telah menjadi tular, Dr Manoj Mittal dilihat mengutip ketulan najis lembu dan kemudian dengan santai memakan kepingan najis lembu itu seolah-olah ia adalah roti sambil memuji manfaatnya pada tubuh, minda dan jiwa manusia.


Perbuatannya memakan najis lembu telah mendapat respon yang berbeza-beza di media sosial, ada sekumpulan orang memujinya kerana percaya dengan dakwaan doktor tersebut, manakala sebahagian yang lain menuduhnya melanggar logik saintifik menyebarkan dakwaan songsang yang sangat gila ini.


"Setiap bahagian Panchagavya yang diperoleh daripada lembu itu sangat berharga untuk manusia," kata Mittal. “Lihat, jika kita makan tahi lembu, maka badan dan fikiran kita menjadi suci. Jiwa kita menjadi suci. Apabila ia memasuki badan kita, ia menyucikan badan kita." Katanya lagi,

 

Pakar kanak-kanak itu menambah, ibunya pernah berbuka puasa dengan memakan tahi lembu dan wanita yang mengambil najis lembu yang menjijikkan itu tidak lagi memerlukan pembedahan caesar ketika melahirkan anak.

 

“Majlis Perubatan India harus mengambil perhatian perkara ini dan membatalkan lesennya sebagai pengamal profesion perubatan. Sebagai pakar pediatrik, dia tidak sepatutnya melakukan perkara yang bukan-bukan tidak masuk akal terutamanya kepada kanak-kanak kecil yang tidak berdosa,” tulis seorang pengguna Facebook. [odditycentral, indiatimes.com, livemint.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan