Solat Sunat Isyrak dan Solat
Sunat Dhuha adalah antara solat-solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu pada awal waktu Dhuha setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Diberi tempoh jarak masa
sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang yang menyembah
matahari. Waktu ini juga adalah haram
untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq
adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah
Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu
berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca
al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas
memperolehi fadhilat besarnya.
Perbezaan antara kedua-dua solat sunat ini ialah:
i) Solat Sunat Isyrak dilaksanakan pada awal waktu Dhuha setelah naik matahari
sekadar terlepas dari makruh haram iaitu pada anggaran ketinggian matahari
segalah atau 1.5 meter dan dilaksanakan sebanyak dua rakaat sahaja. Lebih afdal
dilaksanakan selepas beriktikaf di masjid apabila selesai Solat Subuh berjemaah
di masjid.
ii) Solat Dhuha pula dilaksanakan bermula
daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir
matahari. Rujuk Kitab Bughyat
al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’. Manakala, waktu terbaik untuk
Solat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai
terpancar terik.
ii) Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat
paling sedikit, atau empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.
Manakala Solat Isyrak hanya dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja.
[sumber: shafiqolbu.wordpress.com, mufti.terengganu.gov.my/]
0 Comments