Subscribe Us

Perbezaan Fungsi Lubang Hidung Sebelah Kiri dan Kanan

Manusia diciptakan dengan dua lubang hidung yang berfungsi sebagai organ pernafasan. Dengan kedua-dua lubang hidung ini, kita dapat menghirup oksigen dan mengembuskan karbon dioksida.


Lubang hidung sebelah kiri dan kanan ini memiliki fungsi dan manfaat yang berbeza ketika digunakan untuk bernafas. Lubang hidung kiri dan kanan  masing-masing bekerja dengan fungsi yang berbeza dan ini dapat mempengaruhi kimia tubuh dengan cara yang berbeza.

 

Sifat Lubang Kiri dan Kanan

Lubang hidung kanan dianggap seperti matahari yang bersifat panas. Ini kerana fungsinya adalah untuk mengeluarkan udara panas dari dalam tubuh sehingga dapat meningkatkan pengeluaran zat (sekresi) asid. 

Sedangkan lubang hidung kiri berkarakter dingin dan dianggap seperti bulan kerana fungsinya mengeluarkan udara dingin dan meningkatkan pengeluaran alkali yang bersifat basa (bes).

 

Pengaruhnya Terhadap Kerja Otak

Bernafas melalui lubang hidung kiri memengaruhi aktiviti otak kanan. Begitu juga sebaliknya, bernafas melalui lubang hidung kanan, mempengaruhi aktiviti otak kiri.

 

Mengatur Pernafasan untuk Menyembuhkan Penyakit

Beberapa penyakit dapat disembuhkan dengan mengatur pernafasan melalui lubang hidung sebelah kiri atau kanan. 


Jika anda mengalami masalah kesihatan yang biasa dihidapi oleh kebanyakan orang, lakukanlah seperti berikut;

1.  Bernafas lebih banyak menggunakan lubang hidung kanan dapat meredakan sakit kepala, membantu menyembuhkan gangguang pencernaan, dan meringankan susah buang air besar.

 

2.  Bernafas lebih banyak menggunakan lubang hidung kiri dapat menghilangkan stres. Untuk mengatasi susah tidur atau insomnia, caranya adalah dengan berbaring ke arah kanan dan bernafas dengan lubang hidung kiri. Tutup lubang kanan selama 25 hingga 30 minit. [bobo.grid.id]


3.  Jika merasa lelah atau penat, tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.  Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Post a Comment

0 Comments