Jika anda berada di Port Dickson dan mahu mencari menu makan tengah hari yang unik dan sedap, cubalah ke Kedai Ayam Bakar Pasu Terlangkup. Selain ayam bakar pasu terlangkup, kedai makan ini juga menawarkan menu makan tengah hari dengan pelbagai jenis lauk-pauk seperti siput sedut masak lemak, daging salai, ayam salai, asam pedas, dan ikan baung salai masak lemak.
Menu utama teristimewa di gerai ini ialah mereka menyajikan nasi ayam bakar pasu terlangkup. Kaedah memasak ayam di kedai ini agak unik dan menarik menjadikan rasa ayam seperti ayam BBQ salai. Setiap ekor ayam dibakar menggunakan pasu bertutup.
Ayam yang telah diperap dan disapu dengan rempah rahsia dimasukkan ke dalam pasu bertutup dan dibakar menggunakan arang kayu. Gabungan asap arang kayu dan rempah ayam yang dibakar telah menimbulkan aroma bau yang sangat menyelerakan. Cara masak yang unik ini membuatkan ayam yang dibakar itu rasanya lebih enak dan ada kelainan.
Hidangan ayam bakar yang lazat
boleh dimakan begitu saja dengan sos resepi tersendiri yang melengkapkan rasa
yang cukup mengasyikkan. Anda juga boleh
makan dengan nasi ayam beserta dengan set hidangan lazat.
Selain ayam bakar pasu
terlangkup, kedai makan ini juga menawarkan
menu makan tengah hari dengan pelbagai jenis lauk-pauk seperti siput sedut masak
lemak, daging salai, ayam salai, asam pedas, dan ikan baung salai masak lemak.
Kedai Ayam Bakar Pasu Terlangkup
dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, bermula dari jam 11 pagi hingga 7
malam.
AYAM BAKAR PASU TERLANGKOP
5, Taman Bayu,
Teluk Kemang
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
0 Comments