Allah swt memberikan kelebihan tertentu kepada jin dan syaitan sebagai ujian kepada kita umat manusia. Bahkan kita tahu bahawa datok manusia pun,
Adam dan Hawa telah diperdayakan oleh Iblis, apatah lagi kita manusia biasa.
Jadi kita perlu berhati-hati terhadap syaitan.
Allah swt dari awal lagi telah memberi amaran bahawa; “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka
jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah
mengajak golongannya menjadi penduduk neraka.” - [Al-Fathir:6].
Nabi SAW pun dalam kehidupan seharian mengajar kita sunnah-sunnah yang mana terang-terangan supaya kita memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan ini.
Menurut Syeikh Badruddin bin Abdullah as-Syibly dalam kitabnya berjudul ‘Ajaib wa Gharaib al-Jin, mengungkapkan fakta-fakta tentang bangsa Jin.
Berikut ini 5 fakta tentang jin yang
dikatakan oleh Syeikh Badruddin:
1. Bilakah jin diciptakan?
Syeikh Badruddin mengutip
pendapat tokoh salaf, diantaranya Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia mengatakan
Allah menciptakan jin 2000 tahun sebelum menciptakan Adam dan keturunannya. Jin
didaulat tinggal dan mengurus bumi, sedangkan para malaikat, menghuni langit
dengan kualiti iman dan amal saleh yang jauh di atas bangsa Jin.
2. Jin dapat melihat manusia
Jika manusia tercipta dari
pati tanah, bangsa jin tercipta dari api neraka. Menurut Qadi Abd al-Jabbar,
argumentasi atas fakta ini sangat tekstual. Ini merujuk antara lain surah
al-Hijr ayat ke-27 dan surah ar-Rahman ayat ke-15.
Oleh sebab itulah, fizikal jin
sangat halus dan transperansi, tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.
Mereka melihat manusia, tetapi manusia tidak dapat mengindera mereka secara
umum.
3. Jin mampu berubah wujud
Jin mempunyai kemampuan
menjelma dan mengubah dirinya dalam bentuk makhluk nyata, seperti binatang atau
bahkan manusia.
Ini seperti yang pernah terjadi
ketika jin dengan jenis syaitan menjelma menjadi Suraqah bin Malik bin Ja’syam
lalu mendatangi kafir Quraisy, ketika mereka tengah bermusyawarah untuk terjun
dalam Perang Badar. Peristiwa tersebut terakam dalam Alquran surah al-Anfal
ayat ke-48.
“Dan ketika syaitan menjadikan
mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang
manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya
ini adalah pelindungmu". Tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling
melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata:
"Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat
melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut
kepada Allah, dan Allah sangat keras siksa-Nya.”
4. Aktiviti jin hampir sama dengan manusia
Aktiviti jin, pada dasarnya serupa dengan manusia. Mereka makan, minum, tidur, dan beranak-pinak. Kendati para ulama tidak satu pendapat, mengenai apa jenis makanan mereka. Ada yang mengatakan di antara makanan jin adalah segala hal yang tidak disembelih dengan asma Allah.
Ada pula yang mengatakan makanan kegemaran jin adalah tulang belulang. Berbeza dengan manusia, dan tuntunan yang
diajarkan Rasulullah SAW, bangsa jin makan dan minum menggunakan tangan kiri.
Sementara kita, umat Islam diajarkan menggunakan tangan kanan untuk kedua
aktiviti tersebut.
Persamaan tersebut bukan hanya
soal keperluan biologis sehari-hari, tetapi soal aspek ritual, pada dasarnya
bangsa jin juga mendapat perintah yang sama iaitu beribadah kepada Allah SWT, seperti manusia. Mereka juga mendapat perintah dan larangan. (QS al-Jin [72]:
1-2).
5. Jin takut kepada manusia
Imam Mujahid bin Jabir pernah
berpesan ketika seseorang melihat bangsa jin (syaitan, memedi, makhluk halus,
dan lain-lain), janganlah lari tunggang-langgang yang membuat diri sendiri
trauma tetapi hadapilah dengan berani, dia akan pergi sendiri,”
pesannya. [Pelbagai sumber,
0 Comments