Subscribe Us

Ayam Selasih, Dari Bulu Hingga Isi Daging Berwarna Hitam, Sangat Unik, Banyak Khasiat Dan Kegunaan Dalam Perubatan

Ayam Selasih atau nama saintifiknya Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam cemani dikatakan berasal daripada Pulau Jawa Indonesia.  Perkataan cemani berasal dari bahasa jawa kuno yang ertinya Hitam Legam.  Warna hitam ini meliputi seluruh anggota tubuh termasuk bulu, kulit dan isi dagingnya.  Melihat dari kriteria dan ciri-ciri tersebut inilah yang dikatakan sebagai “Ayam Cemani Asli” atau sering juga disebut dengan julukan (Hayam Hideung) bagi masyarakat orang Sunda.


Susuk tubuh ayam selasih memang mirip dengan ayam kampung atau ayam hutan. Ukuran tubuhnya sedikit lebih besar berbanding ayam kampung.

 

Asal usul ayam selasih atau ayam cemani ini adalah ayam kedu hitam, yang banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di desa Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke-15.  Ayam ini merupakan ayam yang sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga ayam ini sangat diminati dan menjadi haiwan peliharaan sebagai koleksi para bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala.  Inilah yang membuatkan ayam selasih menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan bangsawan.



Ayam Selasih dari keturunan kedu hitam mempunyai keunikan pada balung tunggal yang berbentuk gerigi bagi jantan. Ia cuba dibiakkan dari generasi ke generasi yang seterusnya dengan mengekalkan keunikannya. Namun begitu, populasinnya semakin berkurang jika dibandingkan populasi ayam selasih 100 tahun yang lalu. 


Kini kewujudan ayam selasih menjadi semakin berkurang dan sukar diperoleh sehinggakan ayam ini menjadi buruan dan di cari orang.  Hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memilikinya.

 

Jika ayam selasih  di Malaysia berwarna hitam termasuk bulu, tetapi ayam hitam di China berbulu putih dan ayam hitam di China ini juga dikenali sebagai White Phoenix.  


Kebiasaannya ayam selasih digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut, menopaus dan makanan dalam pantang selepas bersalin, namun ayam hitam ini banyak juga kegunaan lain.

 


Lain-lain khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ia dapat:


1.Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan 

2. Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut

3. Menguatkan hati & buah pinggang 

4. Melegakan asma 

5. Baik untuk pesakit diabetes (kencing manis)

6. Menyelesaikan masalah buasir kecil 

7.Menaikkan seri wajah dengan mencantik, menegang dan melicinkan kulit.   

 


8. Melegakan Migrain dan membuang angin dalam badan.

9. Wanita selepas bersalin baik utk pulihkan peranakan.

 

Bagaiman dengan harga ayam selasih di pasaran?

 

Ayam selasih yang baru berumur 1.5 bulan, dijual dengan harga sekitar RM 50.00 hingga RM 100.00 seekor bergantung kepada saiz, sedangkan ayam selasih muda berumur 7-8 bulan dijual dengan harga RM 300.00 hingga RM 350.00 seekor.

 

Manakala harga bagi ayam selasih dewasa boleh mencecah hingga RM1000 ke atas. Harga ini hanyalah untuk ayam selasih yang darahnya belum terjamin seratus peratus hitam. Namun begitu bagi ayam selasih yang fizikal luarnya seratus peratus hitam dan darahnya juga hitam maka harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Ayam selasih jenis ini dipercayai mempunyai kelebihan tertentu dan digunakan dalam perubatan tradisional.



Ayam selasih ini seringkali dikaitkan dengan hal-hal alam ghaib. Sebahagian masyarakat menggunakan ayam serba hitam ini sebagai salah satu syarat pengubatan yang menggunakan khidmat ahli para normal sebagai syarat untuk keperluan hajat tertentu, maka ayam Selasih memiliki harga jual yang tinggi, ada yang menjualnya dengan harga RM17000 hingga RM85000 seekor bergantung kepada keistimewaan tertentu pada ayam tersebut serta permintaan sipemiliknya.

 

Namun setinggi apa pun harga yang ditawarkan, tetap saja banyak orang yang berminat dan mampu berani membelinya kerana sebanding dengan khasiat serta kegunaannya, apa lagi bagi orang-orang yang benar-benar sangat memerlukannya, seperti orang-orang yang sedang punya hajat tertentu seperti pemburu harta karun, pengumpul barang-barang antik,  seni & pusaka, para normal dan pengusaha ahli perniagaan. Berapa pun harga yang ditawarkan tetap saja mereka berani membelinya. [Berbagai sumber, FB Island Of Dayak, FB ayamCemani]

Catat Ulasan

1 Ulasan

SUARA RAKYAT KUNAK berkata…
Boleh Watsapp Saya 01136888979 Jefri