Suatu
masa dahulu kira-kira 6000 tahun SM, kawasan padang pasir di Semenanjung Arab sebenarnya adalah tanah yang subur dengan sungai dan tasik serta hutan menghijau.
Beberapa surah Al–Quran ada menceritakan yang tanah dari kebun-kebun yang rimbun dan subur dengan sungai-sungai mengalir bertukar menjadi padang pasir kering setelah manusia diatasnya melakukan dosa.
Banyak kawasan yang sekarang menjadi padang pasir dahulunya adalah merupakan kawasan yang kaya dengan tanaman hijau dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga keadan yang sama terjadi ke atas gurun yang luas menempati sebahagian besar Afrika Utara dan Semenanjung Arab.
Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan
bahawa banyak peradaban bermula di pesisir sungai seperti sungai Indus dan sungai
Nil. Banyak orang mendiami tempat-tempat berhampiran dengan sungai kerana air adalah
bahagian penting dalam kehidupan.
Manusia awal di dunia telah
tinggal di kawasan lembah Nil hampir 6000 tahun dulu. Pada satu ketika, mereka
telah berpindah dari Asia dan dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Arab.
Keadaan cuaca di Tanah Arab sangat baik pada masa itu. Mengikut kajian, sebab utama
mengapa peradaban masuk dan menetap di Arab adalah keadaan cuaca yang
disebabkan oleh hujan monsun lalu menarik komuniti manusia awal ini untuk tinggal di tanah Arab.
Setelah berlalunya masa
sekitar beberapa abad, tanah itu berubah menjadi kawasan hijau yang kaya dengan
persekitaran yang indah dan subur menjadi sumber kehidupan. Tumbuh-tumbuhan yang subur
dan terdapatnya tasik air tawar terletak di ‘Empty Quarter, atau Rubh’ Al Khali’ yang
merupakan padang pasir terbesar di dunia yang dikelilingi oleh Arab Saudi,
Yemen, Oman, dan UAE, selain manusia ia juga telah mula menarik kehadiran pelbagai jenis haiwan seperti gajah, badak sumbu,
badak air, dan buaya datang hidup disana.
Cuaca mula berubah
Tidak lama
kemudian, hujan monsun mulai menghilang sekitar 7,300 hingga 5,500 tahun yang
lalu. Hujan monsun yang menyuburkan
tanah gersang berterusan untuk beberapa milenium telah berhenti secara
tiba-tiba.
Tanah tidak lagi sesuai untuk
tumbuh-tumbuhan, dan sungai-sungai mulai mengering. Hujan berhenti sepenuhnya dalam jangka masa
300 tahun melenyapkan hujan monsun. Kejadian ini mula mengeringkan tanah secara
perlahan-lahan dan tidak lama kemudian tanah yang subur menghijau kaya dengan
hasil tanaman telah menjadi padang pasir. Ia
mengambil masa kira-kira 1,100 tahun untuk menjadi gersang dan tandus seperti
hari ini.
Para saintis dari NASA, telah
melakukan penyelidikan untuk mengetahui sebab mengapa hujan monsun berhenti tiba-tiba. Mereka menyatakan bahawa keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada paksi Bumi. Paksi yang berada pada 24.1 darjah beralih ke 23.5
darjah, ini menjadikan tanah wilayah ini lebih terdedah kepada cahaya matahari
kuat secara langsung yang menyebabkan suhu meningkat dan hujan monsun mengubah arahnya.
Perubahan paksi itu berlaku
disebabkan tindak balas kepada daya graviti dari sistem suria dan ia mungkin
berlaku lagi apabila kecondongan terus berubah sekitar 22 dan 25 darjah setiap
41,000 tahun, menurut anggaran saintifik.
Dijangkakan bahawa
kawasan-kawasan yang telah menjadi gurun kerana pergeseran pada paksi bumi akan
cenderung kembali menjadi subur dan hijau sekali lagi ketika bumi menggeser
paksinya.
Sebenarnya hal ini telah di
beritakan oleh Rasulullah SAW, baginda telah memberi peringatan tentang
hal ini dalam sabdanya:
(لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب
مروجاً وانهاراً [رواه مسلم
Dari Abu Hurairah Radhiallahu
anhu bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Kiamat tidak akan bermula
sehingga tanah Arab sekali lagi akan
menjadi padang rumput dan sungai.” Diriwayatkan oleh Muslim (no hadis :157). [pelbagai
sumber, lifeinsaudiarabia.net, asian.bbn.my]
0 Comments