Berbau sangat busuk, tempat roh gelap dan iblis dipenjara, sangat misteri, itulah gambaran ngeri dan seram tentang lembah Barhut gurun berpasir, di sini juga terdapatnya sebuah telaga iaitu "Telaga Barhut", dikenali sebagai
"Telaga Neraka". Terdapat juga
banyak cerita aneh dan legenda, salah satunya mengatakan bahawa penghuni telaga itu
adalah jin dan syaitan.
Lembah yang dikatakan sebagai keajaiban alam penuh dengan misteri yang masih belum terungkai, tepatnya terletak di padang pasir Al-Mahra sekitar 1300 kilometer dari ibu kota Sanaa, berhampiran sempadan negara Oman. Telaga Barhut lebarnya 30 meter (100 kaki), dan kedalamannya dipercayai hingga 250 meter (800 kaki). Ia berada jauh dari kawasan penempatan manusia.
Penduduk tempatan percaya
bahawa telaga itu adalah penjara bagi jin, dan ia disebut "dasar
neraka" kerana terkenal dengan bau sangat busuk yang keluar dari telaga
itu. Mereka tidak tahu apa yang ada di
dalamnya.
Misteri mengelilingi Telaga Barhout kerana banyak kisah dan legenda beredar dari generasi ke generasi mengenai ia dihuni oleh jin, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai telaga gergasi yang begitu dalam ini.
Seorang warga Yaman, Ammar
Hashem Mohammed Osman menulis mengenai pengalaman sebenar yang dilaluinya, semasa menjalani perkhidmatan
tentera di sebuah kem berhampiran kawasam lembah Bahrut.
"Ada sebuah telaga biasa
yang digali untuk menyediakan air di kawasan kem tentera. Akan tetapi ketika
pam mula berfungsi untuk pertama kalinya mengeluarkan air, cecair hitam pekat seperti
tar keluar dari telaga. Baunya tidak ada
sesiapa yang mampu bertahan. Bau busuk teramat seperti telur busuk. Semua berasa
mual oleh keparahan bau. Saya bersumpah bahawa saya tidak dapat tidur dari bau yang melekat
pada pakaian dan badan walaupun setelah saya mencucinya dengan air bersih."
Osman yakin bahawa air itu dihubungkan
ke sumber yang sama dengan telaga Barhout. Ia seharusnya lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan di telaga misteri itu tetapi tidak ada cara untuk mengetahui dengan
pasti.
Menurut pengarah Survei
Geologi dan Penguasa Sumber Mineral Yaman, Salah Babhir kepada AFP, "Kami telah mengunjungi lokasi dan cuba memasuki telaga itu hingga mencapai kedalaman lebih
dari 50-60 meter. Kami melihat di
dalamnya terdapat benda-benda dan bau aneh dan ganjil tetapi kami tidak tahu apa itu, ini menggambarkan
keadaan di sana sebagai sangat aneh. "
"Kami tidak dapat masuk ke lokasi lebih dalam kerana semakin ke tempat yang lebih dalam semakin kekurangan oksigen dan kurangnya ventilasi di lokasi itu," tambahnya. Cahaya matahari tidak sampai ke dasar lubang, tidak mungkin melihat banyak yang ada di dalamnya, kecuali burung-burung terbang di sekitar.
Baru-baru ini sebuah drone diterbangkan
di atas telaga Barhut oleh kru filem AFP, merakam dari udara tepat di atas lubang telaga misteri. Walaupun drone melayang tepat di atas lubang telaga dengan lensa kamera ditujukan terus ke bawah, adalah mustahil untuk merakam rupa
keadaan di dalamnya kerana kegelapan yang amat, cahaya matahari tidak dapat
menembusinya. Apabila drone di gerakkan ke dalam telaga, berlaku masalah keseimbangan di mana drone tidak dapat dikawal seolah-olah ada graviti kuat menariknya ke bawah.
Babhair berkata telaga itu
berusia berjuta-juta tahun. Tempat berkenaan memerlukan lebih banyak kajian,
penyelidikan dan siasatan.
Lembah Barhut di sebut dalam Hadis Nabi SAW
Telaga Barhut memang wujud di
bumi ini dan letak sebenarnya, dengan sepakat para ulama dan pengkaji sejarah di negeri
Yaman dan kisahnya diceritakan pada beberapa hadis Nabi saw dan athar Sahabat
r.a. dengan berbagai-bagai lafaz.
Antaranya ialah hadis riwayat
Ibnu ‘Abbas r.a. sabda Rasulullah saw :
خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم، فيه طعام من الطعم، وشفاء من السقم، وشر ماء على وجه الأرض ماء بوادي برهوت؛ بقبة حضرموت
Ertinya : “Sebaik-baik air di
atas muka bumi ialah air zam-zam. Padanya makanan dari segala makanan dan ubat
segala penyakit. Dan seburuk-buruk air di atas muka bumi ialah air pada lembah
Barhut berdekatan Hadhramaut (Yaman) seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang air.” (Hadith Sahih riwayat At-Thabarani pada
kitab Al-Kabir, Dhiak Al-Muqaddasi pada
kitab Al-Mukhtarah dan Ibnu Hajar pada kitab Az-Zawaaid)
Manakala dalil ruh orang kafir
berada di telaga Barhut ialah riwayat sahabat yang bernama Anas bin Malik r.a.
katanya :
وأرواح الكافرين إلى وادٍ بحضر موت يُقال له بَرَهوت
Ertinya : “Dan segala ruh
orang-orang kafir itu di satu lembah dekat Hadhramaut yang disebut namanya
Barhut.” (Diriwayat olih Ad-Dailamy)
Dan diriwayatkan daripada Ali
bin Abi Talib r.a. katanya :
خير وادي النّاس وادي مكّة، وشرّ وادي الناس وادي الأحقاف، وادٍ بحضرموت يُقال له: برهوت فيه أرواح الكفّار
Ertinya : “Sebaik-baik lembah
subur bagi manusia ialah lembah Makkah. Dan seburuk-buruk lembah bagi manusia
ialah lembah Ahqaf dekat Hadhramaut yang dinamakan Barhut yang padanya ada ruh-ruh
orang kafir.” (Riwayat Abdul Razzaq, Ibnu Asakir dll)
Dan telah berkata Abdullah bin
‘Amr r.a. :
إن أرواح الكفار تجمع ببرهوت
Artinya : “Sesungguhnya segala
ruh orang kafir berhimpun di Barhut.” (Riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Asakir &
Ibnu Mandah). Wallahua’lam [sumber dari FB UAI]
Pandangan pakar
Profesor Glaciology dan
Palaeoclimatology Universiti Keele Chris Fogwill menyatakan pada tahun 2014, kejadian lubang di Semenanjung Yamal, Utara Siberia
adalah akibat pingo yang runtuh, yang berlaku ketika pembentukan ais kuno
runtuh.
Dalam temu bual dengan Dailymail.com,
Fogwill menyatakan, Telaga Barhut di Yaman itu bukan akibat pingo, melainkan
ciri pemuatan atau lubang tenggelam yang disebabkan oleh hakisan batu
kapur atau garam atau air garam geologi bergerak. "Hakisan di sekitar pinggir menunjukkan
ia bukan baru," tambah Fogwill.
Lubang tenggelam juga boleh disebabkan oleh sejumlah aktiviti, termasuk penggerudian, perlombongan atau pembinaan. [sunnafiles.com, dailymail.co.uk, accuweather.com/en]
0 Comments