Mangga termahal dan eksklusif
di dunia adalah Miyazaki Mangoes Jepun, dari wilayah Miyazaki di Selatan Pulau Kyushu.
Buah ini dijual dengan harga terkini RM20000 untuk dua biji! Ia bersaiz besar, apabila masak kulitnya dari
warna ruby yang sangat menarik berubah ke warna merah menyala, dibungkus dengan cantik di dalam
kotak lembut khas tersendiri, ia pasti sangat mengagumkan untuk dilihat. Bagaimana mungkin buah ini begitu mahal?
Apa sebenarnya yang menjadikan mangga ini sangat mahal?
Buah mangga Miyazaki dikatakan sangat mahal harganya kerana jumlah pengeluarannya rendah dan rasanya sangat istimewa. Ia kelihatan sangat berbeza. Media Jepun melaporkan bahawa mangga Miyazaki adalah antara yang termahal di dunia dan dijual dengan harga RM15,100 sekilogram di pasaran antarabangsa tahun lalu.
Apa yang menjadikan Miyazaki Mangoes begitu istimewa?
Pertanian mangga Miyazaki dimulakan
secara relatif di Jepun, bermula pada pertengahan tahun 80an. Mangga Miyazaki
berasal dari mangga Irwin, yang dibawa masuk dari Florida untuk ditanam di kawasan iklim
yang lebih panas di Wilayah Miyazaki, Pulau Kyushu yang merupakan kawasan penanaman yang sangat sesuai untuk pokok mangga Miyazaki.
Miyazaki adalah sejenis mangga "irwin" yang berbeza dengan "mangga pelikan" kuning yang banyak ditanam di Asia Tenggara. Buah yang telah matang dibiarkan gugur sendiri ketika telah cukup masak memastikan kematangan yang optimum, berbanding dengan mangga biasa memetiknya secara manual sebelum cukup matang.
Mangga yang dihasilkan benar-benar sedap. Mangga Miyazaki mempunyai serabut yang sangat sedikit, isinya sangat halus dan lembut, sangat berjus, dan mencair di mulut. Rasanya sangat manis dan bertart, seperti gula-gula mangga dengan sedikit nanas dan kelapa.
Mangga Miyazaki menjalani
pemeriksaan dan pengujian dengan kawalan kualiti yang ketat sebelum dieksport.
Buah yang memenuhi standard kualiti tertinggi disebut "Telur
Matahari". Kawalan kualiti ketat
dilakukan untuk memastikan setiap biji mangga Miyazaki seharusnya memiliki kriteria kandungan gula
15%, berat minimum 350 gram, manakala kulit buah berwarna merah tua yang
mencolok dan bentuknya seperti telur dinosaur. Pokok-pokok yang ditanam
mempunyai syarat pertumbuhan yang sangat ketat untuk memenuhi kriteria ini.
Mangga ini kaya dengan
antioksidan dan mengandungi beta-karoten dan asid folik, yang bagus untuk orang
yang memerlukan bantuan dengan mata yang letih. Ia juga membantu mencegah penglihatan yang berkurang.
Manfaat kesihatan mangga Miyazaki:
Baik untuk mata
Menurunkan risiko barah
Bermanfaat untuk kulit
Menurunkan kolesterol
‘Taiyo no Tamago’ adalah buah yang luar biasa, dengan proses tumbesaran dari awal yang sangat ketat, mempunyai tahap penjagaan yang berkualiti sehingga menjamin harga yang tinggi, tambahan pula rasanya sangat istimewa, manis dan sedap! Suatu hari nanti apabila anda berada di Jepun, cari dan belilah mangga luar biasa ini di kedai buah atau kedai hadiah! [stickymangorice.com, hindustantimes.com/india-news]
0 Comments