"Ambergris" adalah
bahan berharga yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi di banyak tempat di
dunia. Ia juga digunakan dalam pembuatan cerut mahal dan memiliki khasiat
afrodisiak. Ambergris telah digunakan sejak tahun 1000 Masihi dan kebelakangan ini digunakan untuk ubat-ubatan Homeopati.
Apa Itu Ambergris?
Ambergis adalah benda aneh muntahan dari ikan Paus Sperma yang boleh dikatakan sangat menjijikkan dan baunya sangat busuk. Namun setelah melalui proses kitaran semulajadi yang lama, bau busuk itu akan berubah menjadi harum seperti kasturi.
Muntahan paus ini bukan berasal dari mulut paus tetapi dari saluran pembuangan kotoran ikan paus. Meskipun faktanya seperti itu, namun ia sangat bernilai dan memiliki harga yang sangat mahal kerana sukar ditemui dan permintaan di pasaran begitu tinggi.
Mengapa Ambergris sangat Mahal?
Selain digunakan dalam ubat-ubatan homeopati, ambergris ini sering dimanfaatkan sebagai bahan pewangi atau haruman premium ekslusif. Nilai bagi setiap ambergris atau muntahan paus adalah 1.1 juta paund sterling atau RM 6.4 juta dari bangkai paus sperma. Harga bagi 1kg ambergris boleh mencecah hingga lebih RM 200 ribu.
Bentuk dan tekstur muntahan
paus atau ambergris adalah seperti bongkahan lilin, yang keluar dari saluran
pembuangan kotoran paus sperma. Saat muntahan ini keluar, akan muncul bau busuk
dan berwarna hitam. Setelah didiamkan lama, bau busuk itu akan berubah
menjadi harum seperti kasturi.
Nilai Ambergris bergantung kepada penawaran dan permintaan, tetapi umumnya ambergis berwarna warna putih dan
krim dapat memberikan harga yang sangat baik.
Kualiti Ambergris yang dihasilkan oleh ikan paus bergantung kepada makanan
yang tersedia dan suhu air paus yang ada pada saat pembentukan ambergris.
Bagaimana Ambergris Terbentuk
Ambergris hanya dihasilkan
oleh Sperma Whale (Ikan Paus Sperma) dan dikatakan bahawa hanya Paus Sperma
jantan sahaja yang menghasilkan ambergris.
Ambergris terbentuk di dalam usus Paus Sperma. Ambergris adalah proses perkumuhan
yang berlaku secara semulajadi.
Ciri khas Paus Sperma
adalah kepalanya yang bersaiz besar, lebih-lebih lagi paus sperma jantan, yang
biasanya mencapai sepertiga daripada panjang badannya. Paus Sperma juga memiliki otak terbesar dari
semua jenis haiwan yang hidup di bumi ini.
Makanan utama Paus Sperma
adalah Sotong Colossal, yang mempunyai paruh tajam pada tentakel mereka (ia
dapat digambarkan sebagai paruh burung beo). Paruh sotong tidak dapat dicerna
menyebabkan kerengsaan besar pada usus paus.
Kerengsaan ini adalah berpunca
dari paruh sotong, lalu Paus Sperma menghasilkan perkumuhan untuk melindungi usus
daripada paruh sotong, sehingga terciptanya ambergris.
5 Fakta Unik Ambergris Menjadi Buruan Manusia
1. Bahan Pembuat Perfum
Ambergris sangat mahal dan biasanya
digunakan oleh industri perfum. Ambergris juga pernah digunakan oleh bangsa
Arab dan China sebagai perfum atau dibakar sebagai kemenyan. Fungsinya sendiri
adalah sebagai penguat aroma serta memberikan bau wangian yang sangat khas dan
disukai manusia.
Selain itu, perfum yang
terkandung dalam ambergris akan memberikan sensasi menyenangkan pada kulit. Selama ini banyak industri perfum terkenal yang
memakai ambergris, di antaranya adalah Chanel dan Lanvin. Namun, kini industri
perfum tidak lagi menggunakan ambergris, kerana dilarang oleh IFRA
(International Fragrance Association).
2. Sanitasi Udara
Selain sebagai perfum,
ambergris juga boleh menjadi sanitasi udara. Manfaat ini digunakan pertama kali
oleh bangsa Eropah pada abad ke-14. Pada
masa itu di Eropah mengalami wabak yang menyebabkan pencemaran udara. Ambergrislah yang digunakan untuk mensanitasi udara di Eropah tersebut.
3. Penambah Rasa Pada Makanan dan Minuman
Ambergris juga dijadikan bahan untuk penambah rasa makanan mahupun
minuman, seperti anggur. Malah beberapa restoran menggunakan ambergris sebagai penambah
rasa untuk koktail, kuih khusus dan coklat.
4. Bahan untuk Pengubatan
Ambergris juga memiliki
manfaat di dunia perubatan. Ambergris ini biasa dimanfaatkan sebagai ubat
herbal dan afrodisiak, juga ubat untuk menyembuhkan banyak penyakit termasuk
otak, jantung, dan penyakit deria.
5. Dianggap Ilegal di Beberapa Negara
Di negara-negara tertentu Ambergris yang harganya fantastis ini justeru dianggap sebagai barang ilegal kerana ia dianggap akan menyebabkan kepupusan Paus Sperma di mana jumlah Pau sperma sekarang semakin menipis. [pelbagai sumber, ambergrisnz.co.nz/ liputan6.com]
0 Comments