Subscribe Us

Pokok Gajus Terbesar Di Dunia, Dahannya Meliputi Keluasan Dua Ekar Persegi

Sebatang pokok gajus yang telah tumbuh sejak tahun 1888 telah direkodkan sebagai pokok gajus terbesar di dunia oleh Guinness World Records dimana dahan-dahan pokok gajus ini memenuhi keluasan kawasan seluas dua ekar atau 8,500 meter persegi.

Ia menyerupai hutan mini dan telah diakui oleh Guinness World Records sebagai pokok gajus terbesar di dunia, masih tumbuh subur dan terus membesar.


Ukurannya yang luar biasa adalah akibat mutasi genetik dimana empat daripada lima cabang utama dahan pokok membentuk set akar baru apabila dahan pokok itu menjalar ke bawah lalu menyentuh tanah. Dahan yang menyentuh tanah telah mengeluarkan akar lalu membentuk set pokok baru menjadi batang sekunder daripada klon pokok induk.


Pokok gajus yang terkenal dengan nama 'maior cajueiro do mundo' dalam bahasa Portugis, bermaksud pokok gajus terbesar di dunia dan ‘anacardium occidentale’ dalam bahasa Latin, terletak di Pirangi do Norte, sebuah bandar tepi pantai berhampiran Natal, ibukota bahagian Rio Grande do Norte, Brazil.


Menurut cerita daripada penduduk asal, sejarah pokok ini  tidak diketahui siapa yang menanamnya tetapi ramai yang mengatakan pokok ini ditanam oleh seorang nelayan, Luis Inacio de Oliveira pada tahun 1888. Dia meninggal dunia pasda usia 93 tahun, di bawah rimbunan pokok gajus. Pada tahun 1994, pokok gajus ini direkodkan dalam Guinness Book of Records.


Namun ada teori mengatakan bahawa pokok ini berusia sekitar 1000 tahun. [pursuitist.com]

Post a Comment

0 Comments