Warga Afghanistan yang tinggal di pelbagai tempat di dunia walaupun boleh bertutur bahasa asing, mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa mereka sendiri jika berjumpa dengan orang sebangsa dengannya di antara mereka.
Perkara paling menarik dan sangat mengejutkan hasil dari penyelidikan terbaru itu menunjukkan bahawa bahasa yang dituturkan oleh kaum Pashtun Afghanistan sebenarnya berasal dari bahasa makhluk Jin!
Asal usul orang Afghanistan
Menurut Dr Muhammad Javed
Khalil, yang merupakan penyelidik kanan di University of Peshawar (UoP),
asal-usul bahasa Pashtun adalah samar-samar dan selalu menjadi perbahasan!
Ada yang percaya bahawa orang Afghanistan adalah keturunan dari orang Aryan sementara yang lain mempercayai bahawa mereka adalah keturunan dari suku Yahudi yang hilang (the lost tribe of the Jews).
Penyelidikan di University of Peshawar
Penyelidikan terkini
yang dilakukan oleh Dr. Khalil, University of Peshawar, budaya kaum Afghanistan
berpegang dan mengamal ajaran dan prinsip-prinsip Islam. Pakunwali
adalah kod etika yang tidak tertulis dari gaya hidup tradisional suku-suku kaum
dari orang-orang Pirun.
Menurut sejarah Islam yang
menghubungkan orang-orang Pashtun, bangsa Afghanistan adalah keturunan dari anak
Nabi Sulaiman عليه السلام.
Nabi Sulaiman عليه السلام selain dapat berbicara dengan beberapa haiwan seperti burung, serangga, dan semut, baginda juga sangat mahir bertutur dan memiliki pengetahuan tentang bahasa kaum Jin.
(Wanita kaum Pashtun, cantik bak bidadari)
Bangsa Afghanistan keturunan Nabi Sulaiman عليه السلام.
Hasil penyelidikan tersebut, putera Hazrat anak dari Nabi Sulaiman عليه السلام, sangat diyakini
mewarisi kebolehan ayahnya.
Semasa kecil, Putera Hazrat
ingin belajar bahasa Jin dan menyatakan hasratnya kepada ayahnya. Ketika itulah
ayahnya mengajarnya bahasa Jin dan menamakan bahasa itu sebagai Pashtu.
Para sejarawan percaya bahawa
keturunan Afghanistan dinamakan sebagai bangsa Afghanistan atau Pashtun dan
bahasa mereka dikenali sebagai Pashto.
Nabi Muhammad ﷺ pernah
mengirim Khalid Bin Waleed رضي الله عنه kepada kaum Afghanistan untuk meminta
pertolongan. Pemimpin suku Afghanistan, Qais Abdul Rasheed muncul bersama para
pejuangnya untuk memberikan pertolongan dalam perang.
Dengan pertolongan mereka,
umat Islam dapat memenangi peperangan itu, dan ketika inilah mereka diberi
gelaran "Batan" oleh Nabi Muhammad ﷺ.
Batan adalah perkataan Arab
yang bermaksud kuat seperti kayu. Tidak lama kemudian, kata Batan diganti
dengan "Pathan" kerana pengaruh bahasa suku kaum wilayah tersebut. [
0 Comments