Pendapatan per kapita pada dasarnya adalah pendapatan purata setiap
penduduk bagi suatu wilayah atau negara. Pendapatan per kapita telah lama
digunakan untuk kaedah menilai keadaan dan kualiti hidup penduduk di pelbagai
kawasan di dunia.
Pendapatan per kapita dikira dengan membahagikan jumlah pendapatan negara dengan jumlah penduduk pada tahun tertentu. Menurut statistik yang dikeluarkan berdasarkan penelitian oleh IMF International Monetary Fund, 3 buah negara yang tersenarai dalam daftar pendapatan per kapita tertinggi dan terendah di dunia merujuk dari pelbagai sumber terkini;
1. Qatar
Qatar merupakan negara teratas
memiliki pendapatan per kapita tertinggi di dunia. Pendapatan per kapita bagi negara Qatar ialah
$ 124,927
2. Luxembourg
Luxembourg menduduki tempat kedua
dengan pendapatan per kapita $ 99,506
3. Singapura
Negara Singapura berada pada
kedudukan ketiga tertinggi di dunia dengan pendapatan per kapita $ 85,382.
Kerajaan Arab Saudi yang dilihat sebagai negara kaya minyak berada
pada kedudukan ke-12 dengan pendapatan per kapita $ 55,263.
Pendapatan per kapita bagi
negara Malaysia ialah $ 11,217.772 pada
tahun 2019
3 Negara dengan Pendapatan Per Kapita Terendah (USD)
1. Republik Afrika Tengah
Republik Afrika Tengah berada
pada kedudukan paling bawah, tempat ke-187 dan dengan pendapatan per kapita $
681.
2. Republik Demokratik Kongo
Republik Demokratik Kongo,
tempat ke-186 dengan pendapatan per kapita $ 785.
3. Burundi
Burundi di tempat ke-185
dengan pendapatan per kapita $ 808.
Harus diingat bahawa semakin
tinggi populasi, semakin rendah pendapatan per kapita sesebuah negara, namun
membandingkan jumlah pendapatan dua wilayah dengan populasi yang berlainan
bukanlah ukuran kejayaan yang tepat. Anda perlu mengira pendapatan per kapita
untuk perbandingan yang adil.
Pendapatan per kapita sesebuah
negara sangat bergantung kepada kestabilan politik dan kewangan di sebuah negara,
dan mana-mana negara dengan keadaan politik yang tidak stabil atau faktor
risiko keselamatan tinggi jelas akan mempunyai pendapatan per kapita yang lebih
rendah daripada negara-negara dengan keadaan ideal yang disenaraikan di atas.
0 Comments