Subscribe Us

Mengapa Pesawat Terbang Pada Ketinggian 36,000 Kaki

Ramai dari kita yang tertanya-tanya mengapa kebanyakan jenis pesawat terbang pada altitud ketinggian 30 ribu kaki atau lebih? Semasa berada di angkasa, anda mungkin pernah mendengar kapten kapal terbang memaklumkan bahawa penerbangan telah mencapai pada ketinggian 36,000 kaki sebelum mematikan signal tali pinggang keledar.

 

Walaupun tidak semua tetapi banyak daripada anda pasti memikirkan soalan ini semasa terbang, begitu juga kita.  Hasil temu bual dengan beberapa juruterbang komersial menanyakan soalan tersebut, ia telah menunjukkan beberapa fakta menarik harus kita ketahui seperti di bawah;


1. Ketinggian yang sesuai untuk terbang

Pertama, biasanya ada paras ketinggian yang ideal untuk terbang dan semakin tinggi altitud, udara menjadi semakin tipis. Pada dasarnya, ada baik dan buruk berada pada paras altitud tinggi. Perkara yang baik adalah, daya seret yang dihadapi oleh pesawat semakin kurang dan dengan itu penggunaan bahan bakar lebih rendah untuk mencapai kelajuan yang sama.

 

Perkara yang buruknya pula, jika pada ketinggian yang lebih tinggi, oksigen semakin kurang, menyebabkan bahan bakar menjadi sedikit tenaga dihasilkan. Sebenarnya, pendakian panjang diperlukan untuk mencapai altitud tinggi, ia memerlukan lebih banyak bahan bakar. Seorang juruterbang yang pintar dan cekap selalu mencari spot yang terbaik untuk terbang secepat mungkin tanpa perlu menggunakan bahan bakar yang banyak.

 

2. Lebuh raya di Langit

Pada ketinggian tersebut ia adalah laluan jet atau secara umum kita boleh menyebutnya lebuh raya di langit. ATC (Air Traffic Control) menggunakan laluan ini untuk jet bagi memisahkan laluan dengan pesawat yang lebih ringan pada perbezaan ketinggian tertentu. Secara amnya, perbezaan ini adalah 1000 kaki secara menegak. Dengan menggunakan laluan jet ini, mereka menyesuaikan aliran lalu lintas udara.

 

Walaupun ruang langit itu memang sangat luas, namun ada ketikanya "Traffic Jam" memang berlaku di langit.  Apabila berlaku cuaca buruk atau ribut petir meningkat, mereka hanya bergantung kepada ATC mengendalikan kedudukan titik persimpangan laluan yang sesuai pada ketinggian tertentu untuk menangani semua lalu lintas di udara.

 

Terdapat tahap ketinggian yang dianggap ideal, tetapi ketinggian ideal ini berbeza antara kapal terbang dengan yang lain. Secara amnya, ketinggian yang ideal berada pada altitud antara 30000 kaki hingga 40000 kaki. Hampir semua kapal terbang mengikuti ketinggian altitud yang ideal ini.

 


3. Peraturan untuk Penerbangan Selamat

Ketinggian altitud ideal ini diambil kira dari beberapa faktor termasuk arah, tempoh, dan pergolakan penerbangan. Terdapat beberapa peraturan untuk penerbangan selamat. Peraturan ini perlu dipatuhi semasa terbang.

 

Peraturan Ketinggian Arah Kardinal menyatakan bahawa semua kapal terbang komersial yang bergerak ke arah Timur, Timur Laut, Tenggara dan Selatan akan terbang pada ketinggian ganjil seperti 31000 kaki, 33000 kaki, atau 35000 kaki dan seterusnya, sedangkan kapal terbang yang terbang ke arah selain diatas akan terbang pada ketinggian genap iaitu 32,000 kaki hingga 34,000 kaki.

 

Lalu lintas udara juga dipengaruhi oleh CAT atau Clear Air Turbulence juga. Setiap kali juruterbang melaporkan masalah tersebut, ATC menggunakan maklumat dan laporan tersebut untuk mengarahkan penerbangan lain sama ada di atas atau di bawah altitud. 


4. Berlaku Kecemasan

Paras altitud yang lebih tinggi juga dapat memberikan juruterbang satu komoditi berharga ketika mereka berada di udara iaitu masa.  Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan yang memerlukan pendaratan kecemasan, paras ketinggian memberi jangka waktu juruterbang lebih lama untuk memperbaiki keadaan atau mencari tempat yang selamat untuk mendarat daripada jika mereka berada di pesawat ringan yang terbang pada ketinggian 10 000 kaki.


5. Pesawat yang berbeza, ketinggian yang berbeza

Tidak semua pesawat dibina untuk terbang pada ketinggian yang sama. Ketinggian pesawat ditentukan oleh beratnya dan juga keadaan semasa atmosfera pada waktu penerbangan.

Arah penerbangan, jumlah pergolakan berdasarkan laporan oleh juruterbang lain di udara, dan jangka waktu penerbangan juga merupakan faktor. 


Walaupun juruterbang yang mengendalikan pesawat, mereka bukan yang menentukan ketinggiannya. Sebaliknya, pegawai pengawal udara bertugas merancang dan memutuskan laluan pesawat, termasuk ketinggian, serta mengesan di mana pesawat berada di udara.  [lifeinsaudiarabia.net/ travelandleisure.com]

Post a Comment

0 Comments