Ikan Yin&Yang adalah hidangan kontroversial di mana cara menyediakan masakan ini begitu sadis. Badan ikan dimasak, sementara bahagian kepalanya tetap segar hidup sehingga masih boleh menggerakkan mulut dan matanya ketika sebahagian badannya sedang dimakan oleh manusia. Begitu sadis sikap sesetengah manusia!
Dunia ini penuh dengan makanan pelik, sehingga beberapa hidangan boleh digambarkan sebagai benar-benar sangat mengganggu emosi. Nah, inilah hidangan yang jarang sekali ditemui. Hidangan ikan separuh badan hidup separuh badan lagi telah dimasak dilaporkan dicipta pada awal tahun 2000-an oleh seorang chef restoran di Kota Chiayi, Taiwan.
Ikan Yin dan Yang juga dikenal sebagai
"ikan mati dan hidup", pastinya bukan hidangan bagi orang yang lemah
semangat. Ikan itu terdiri daripada keseluruhan ikan, biasanya jenis ikan karp, yang mana badannya
telah dimasak dan disaluti dengan sos, tetapi kepalanya tetap segar dan
kelihatan masih hidup sehingga mulut dan
matanya masih bergerak-gerak ketika badannya sedang dimakan.
Yin dan Yang Fish mulai
menjadi berita utama di China dan Taiwan pada tahun 2007, ketika foto dan video
"makanan istimewa" yang begitu sadis mula tersebar di media maya. Hidangan ciptaan seorang chef Taiwan yang
telah mengembangkan teknik khas memasak ikan dengan cukup cepat sehingga mulut
dan mata kepalanya masih bergerak ketika disajikan.
Mula-mula, sisik ikan hidup
dibuang dengan berhati-hati tanpa menyakitkannya; kemudian, kepala ikan itu
dibungkus dengan tuala beserta ketulan ais, manakala bahagian badannya dicelup ke
dalam kuali yang penuh dengan minyak panas dan digoreng selama kira-kira dua minit.
Kemudian ikan itu dihidangkan dengan kemas di atas pinggan besar, disirami
dengan sos manis dan masam, dan disajikan kepada pengunjung untuk menikmatinya.
Hidangan tersebut telah membuatkan
ramai orang marah terutamanya aktivis pencinta haiwan dan masyarakat umum. Akhirnya hidangan ini dilarang tidak hanya di
Chaiyi, tetapi seluruh Taiwan.
@lifetiper ♬ See You Again (Piano Arrangement) - Alexandre Pachabezian
Walaupun hidangan yang
melanggar norma kemanusiaan itu dilarang di Taiwan, namun ianya tidak bermaksud
hilang begitu saja. Hidangan Ikan yin dan yang tetap diterima di Tanah Besar
China di mana ia masih disajikan sehingga kini.
Berdasarkan pencarian di YouTube menunjukkan beberapa video lama ikan ying dan yang menjadi bukti
baru bahawa hidangan itu masih disajikan di restoran tertentu, seperti video
TikTok ini disiarkan kembali pada bulan Mac, yang telah ditonton lebih dari 3
juta kali. [
0 Comments