Subscribe Us

Ciri-Ciri Anak Anda Mempunyai IQ Tinggi

Setiap orang tua mengharapkan anaknya membesar dengan sihat dan cerdas. Salah satu kayu pengukur yang sering dianggap sebagai keberhasilan perkembangan anak adalah nilai IQ yang tinggi.

 

Menurut dari Cognition Today, skor IQ (Intelligence Quotient) boleh didapatkan melalui ujian asesmen terstruktur yang dilakukan oleh pakar psikolog.

 

Biasanya, 70 peratus orang memiliki IQ sekitar 80-120, manakala kebanyakan 95 peratus orang memiliki IQ antara 70-130. Sementara orang yang ber-IQ tinggi biasanya akan mendapat skor tertinggi melebihi 130 ke atas.


Namun, tanpa melihat skor IQ, ada beberapa cara lain yang boleh dilakukan iaitu melalui pemerhatian khusus untuk mengetahui tingkat kecerdasan anak anda seperti berikut seperti disalin dari pelbagai sumber meyakinkan;


1. Cara Anak Berkomunikasi dengan Orang Lain

Dijelaskan oleh Gracia Ivonika, M.Psi., Psikologi, tanda-tanda anak memiliki tingkat kecerdasan tinggi boleh dilihat dari caranya berkomunikasi dengan orang lain.

 

Umumnya anak dengan IQ yang tinggi dapat dilihat dari cara bagaimana keupayaan dan  kemampuannya berinteraksi dengan ibu bapa atau dengan orang lain.  Contohnya berinteraksi atau berdiskusi bersama, cara anak merespon, bertanya, menyampaikan hujah, dan memproses informasi lebih baik dari anak-anak dan rakan-rakan yang lain seusianya.

 

2. Anak Lahir dengan Berat Badan Besar

Artikel yang disiarkan dari News Com AU, satu kajian yang diterbitkan oleh British Medical Journal telah melakukan penelitian ke atas sebanyak 3000 bayi yang baru lahir.

 

Hasil penelitian menunjukan bahawa bayi yang lahir dengan berat badan besar memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi dengan berat badan rendah.

 

3. Dapat Menguasai Bahasa Asing

Menurut laporan ilmiah dari Child Development, anak yang mampu menguasai bahasa asing pada usia 12-24 bulan menandakan bahawa anak ini memiliki daya ingatan atau memori yang baik. Hal itu juga merupakan tanda bahawa anak ini memiliki kecerdasan yang tinggi.

 

Oleh itu, orang tua harus membangunkan kecerdasan anak sejak dari awal dengan memperkenalkan bahasa asing sejak dari awal di atas satu tahun.

 

4. Cepat Mempelajari Perkara Baru

Menurut penjelasan oleh psikolog Gracia, suka mencuba perkara baru dan memiliki sifat yang pantang menyerah boleh dijadikan indikasi bahawa anak anda memiliki kecerdasan yang tinggi.

 

Jika dilihat dari aktiviti seharian juga, anak ini nampak secara akademis, bakatnya lebih unggul dari anak-anak lain di kelasnya, lebih cepat mempelajari hal baru. Kreatif dalam menemukan alternatif penyelesaian masalah sehari-hari.



5. Suka Membaca Buku

Studi dari University of Edinburgh dan King’s College London di Inggris pada tahun 2014 mengatakan, anak-anak berusia tujuh tahun yang terampil membaca rata-rata memiliki nilai IQ yang lebih tinggi apabila remaja nanti. Kondisi ini berlaku ketika dibandingkan  dengan anak yang tidak suka membaca.

 

6. Memiliki Ingatan yang Baik

Ciri anak yang memiliki IQ tinggi lainnya adalah mampu mengingat suatu hal yang baru dilihat atau dengar. Anda bolah melakukan tes sederhana untuk memastikan bahawa anak anda memiliki kemampuan mengingat yang baik.

 

Anda boleh mencuba menyebutkan nama-nama buah, kemudian minta anak mengulangi kata-kata tersebut. Apabila anak dapat mengulanginya dengan lancar, maka ia memiliki ingatan yang cukup baik.

 

7. Senang Berargumentasi

Pakar psikolog Gracia Ivonika menerangkan, anak yang memiliki rasa ingin tahu tinggi atau sering bertanya sesuatu hal yang tidak difahami atau diluar pengetahuan memang membuat orang tua kebingungan.

 

Namun, hal itu adalah petanda baik kerana anak yang terus mengajak orang tuanya berargumentasi menandakan bahawa ia memiliki tingkat kecerdasan yang tinggi.

 


8. Cara Anak Bersikap kepada Orang Lain

Kecerdasan anak tidak hanya diukur dari cara mereka berfikir atau menjawab pertanyaan. Kecerdasan anak juga dapat dilihat dari cara mereka bermain dengan temannya.

 

Orang tua dapat melihat apakah anak mau berkongsi mainan dengan temannya.  adakah anak anda mahu bersabar saat menghadapi temannya yang nakal. Jika anak anda memiliki sikap atau perilaku yang baik sejak kecil, ertinya ia memiliki keterampilan berfikir yang baik. [klikdokter.com/ cognitiontoday.com/ News.com.AU/]

Catat Ulasan

0 Ulasan