Sambal Goreng Hati Lembu
Bahan-bahannya:
400 gm hati lembu
2 biji kentang, potong dadu dan goreng
100 ml santan
Bumbu (perencah) rebus:
2 lembar daun salam
2 lembar daun limau
Bumbu (perencah) utuh:
2 lembar daun salam
2 lembar daun limau
2 batang serai, hancurkan
2 ruas lengkuas, hancurkan
1 biji cabai merah, hiris tipis
Bumbu (perencah) Halus
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 biji cabai merah besar
4 biji cili api
2 butir buah keras
1 sudu makan gula merah, sisir
1 sudu teh terasi
garam dan perisa cendawan secukupnya
Cara Memasak:
1. selepas dibersihkan, rebus hati lembu dengan daun
salam, daun limau dan sedikit garam. Rebus hati lembu hingga empuk. Tuskan dan
potong dadu.
2. Tumis bumbu halus dengan minyak secukupnya.
3. Masukkan semua bumbu utuh, tumis hingga bumbu matang.
4. Masukkan hati lembu, kentang dan tuang santan.
Masukkan gula merah, garam dan perisa cendawan secukupnya.
5. Masak hingga santan mengering dan bumbu meresap. Angkat
dan hidangkan. [fimela.com]
0 Comments