Terdapat pelbagai jenis bawang yang ada dijual sama ada di kedai runcit atau di pasar raya. Ramai yang tidak tahu apakah kegunaan dan perbezaan bawang-bawang ini. Ternyata setiap jenis bawang sebenarnya mempunyai rasa sedap yang berbeza dalam menu masakan kita. Mari kita ketahui apakah perbezaannya.
1.Bawang Kuning / Bawang Besar
Holland
Bawang Kuning digunakan untuk
memberi rasa yang sedap kepada sup, masakan daging, tumisan yang menggunakan
api yang tinggi (saute), dan stew. Jika dalam resepi menyatakan bawang,
selalunya paling selamat gunalah bawang kuning ini. Bawang ini memberikan
imbangan rasanya yang sedap dan lebih manis
2.Bawang Merah
Dalam masakan melayu, kita
banyak menggunakan bawang merah. Biasanya bawang ini boleh dimakan begitu sahaja, seperti untuk
penyediaan salad dan sandwich. Bawang merah mempunyai kulit yang berwarna
purple-merah dan di antara kebanyakan bawang, ia mempunyai rasa yang paling
lembut dan manis.
3.Bawang Merah Kecil / shallot
Bawang merah kecil selalunya digunakan sebagai bawang goreng sebagai hiasan dan penambah perasa untuk soto, sup atau nasi goreng. Ia mempunyai saiz lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah. Ia mempunyai rasa yang lebih lembut dari bawang merah.
4. Bawang Manis/ Sunions
Bawang yang memiliki rasa manis ini tidak berbau, dan yang paling penting, dan tidak memedihkan mata. Rasanya yang manis dan tidak berbau juga membuat Sunions dapat dimakan mentah-mentah, tanpa perlu diolah terlebih dulu. [facebook.com/Kerepekbawangdinda]
0 Comments