Para penduduk di Haifa, sebuah kota di Utara Israel, telah terbiasa
untuk berkongsi kehidupan dengan babi hutan.
Haiwan ini seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada budaya tempatan mereka.
Tidak ada yang benar-benar tahu sejak bila dan mengapa babi hutan begitu berani dan bertekad untuk berpindah dari hutan dan tinggal ke bandar Haifa, apa yang pasti binatang ini sudah lama berada di sana sehingga tidak lagi takut akan populasi manusia. Begitu banyak babi hutan dapat dilihat berkeliaran di jalan-jalan raya dan kawasan perumahan, menggali dan menyelongkar tong-tong sampah tanpa menghiraukan kehadiran manusia, dan bahkan bersahaja tidur di bawah sinar matahari ketika manusia berjalan melewatinya.
Binatang ini nampaknya telah
dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup di kota, dan kebanyakan orang di sini
tidak punya pilihan selain membiasakan diri dengan binatang-binatang ini. Namun sekarang ini timbul kontra di mana ada sebahagian
penduduk menerima babi hutan sebagai sebahagian dari daya tarikan tempatan
Haifa, dan sebahagian penduduk lagi kurang selesa dan meminta pihak
berkuasa perlu melakukan sesuatu mengenai hal ini.
Kebanyakan tempat di dunia, melihat babi hutan yang berlari bebas di jalan-jalan raya di bandar atau bahkan di desa adalah sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku, tetapi di Haifa perkara ini "seperti melihat tupai", menjadi sesuatu yang menggembirakan.
Kemunculan begitu banyak babi
hutan di Haifa telah menimbulkan ancaman berbahaya kerana menyebabkan ancaman
fizikal dan risiko penyebaran penyakit. Terdapat laporan mengenai kejadian
penduduk yang dikejar oleh babi hutan seberat 300 paun (kes kebanyakan wanita
yang melindungi anak-anak kecil), harta benda dicuri oleh haiwan, dan bahkan
laporan mengenai anak-anak yang digigit. Babi hutan telah menguasai jalan-jalan raya sekarang, ini adalah situasi yang
sangat menggila.
Babi hutan mula berkelana ke kota Haifa sekitar tahun 2016, setelah berlaku kebakaran besar memusnahkan habitat semula jadi mereka, namun yang lain mengatakan bahawa ia adalah kesalahan pihak berkuasa kerana menghentikan penembakan babi hutan di daerah sekitar kota, tetapi para ahli mendakwa bahawa babi hutan tertarik dengan banyaknya makanan, dan mereka tinggal di kota kerana selalu ada sesuatu untuk dimakan. [odditycentral.com / nytimes.com]
0 Comments