Bahan-bahan:
100 gm nangka muda, potong-potong
100 gm tempe, potong-potong
100 gm kacang panjang,
potong-potong
700 ml santan
air secukupnya
Bahan-Bahan Perencah:
4 lembar daun salam
4 lembar daun jeruk
1 ruas lengkuas, memarkan
2 batang serai, memarkan
10 biji cili padi
Bumbu Halus
4 biji cabai merah
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 ruas kunyit
3 butir kemiri (buah keras)
garam, gula dan perisa
daging/ayam secukupnya
Cara Memasak:
1. Tumis bumbu halus hingga harum, masukkan semua bumbu utuh, masak bumbu hingga matang.
2. Tuang air secukupnya. Masukkan nangka muda, masak hingga agak empuk. Tuangkan santan dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan tempe dan kacang panjang. Masukkan garam, gula dan perisa daging/ ayam secukupnya. Masak hingga matang dan mengental. Pemasakan sebaiknya agak lama agar bumbu lebih meresap. Siap untuk dihidangkan. [lifestyle-relationship#]
0 Comments