Terdapat pelbagai jenis menu sup tulang. Ada yang berempah, masam-masam pedas, dan ada yang tidak terlalu beraroma. Jika anda ingin mencuba masak sup tulang ala Thai, berikut resipinya dan cara memasak.
Bahan-Bahan:
1 kg tulang lembu
2 biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
4 cm halia | kisar
2 biji buah keras | kisar
2 biji bawang besar | hiris
2 sup bunjut tulang
2 sudu makan rempah sup
1sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan cuka makan
2 biji tomato saiz besar | hiris
Cili padi secukupnya | ketuk
Garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Daun sup dan bawang | hiris
Bawang goreng
Limau kasturi | belah dua
Cara Memasak 1:
1. Menggunakan sedikit minyak,
tumis bahan kisar.
2. Setelah wangi masukkan, sup
bunjut, rempah sup dan sedikit air. Kacau rata.
3. Masukkan tulang, cuka, lada
hitam, garam dan air secukupnya.
4. Renehkan tulang hingga
lembut dan isi tanggal dari tulang (ambil masa 1-2 jam merebus jika reneh atas
dapur biasa.
5. Jika ingin cepat boleh
gunakan pressure cooker (lebih kurang 30-45 minit).
6. Setelah empuk, masukkan
tomato, cili padi yang telah diketuk, serbuk lada hitam, garam dan perasa
secukup rasa.
7. Masukkan dalam mangkuk,
taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup dan bawang.
8. Sup sedia dihidangkan. [masakan rasa.my]
Cara Memasak 2: [video Poyok Budu Channel]
1. Rebus daging dan tulang, buang air rebusan pertama, masukkan air baru dan Rebus bersama daging dan tulang sehingga empuk bersama lengkuas,
2. Daging dah empuk, masukkan sup bunjut, bahan kisar, perencah sup tulang, garam, perasa, sedikit gula, sos ikan dan masak dalam 20 minit,
3. Selepas 20 minit masukkan daun bawang, daun sup, perahan limau, cili padi, siap sedia untuk dihidang.
0 Comments