Setiap tahun pada bulan
Disember, ratusan ribu pelancong bertumpu ke Tasik Chagan di wilayah timur laut
China, Jilin untuk menyaksikan upacara tradisi memancing dan menangkap ikan musim sejuk tahunan. Walaupun
suhu teramat sejuk yang menusuk rata-rata turun dari -10 hingga -40 darjah
Celsius, pelancong sanggup menghadapinya untuk menikmati kegembiraan meneroka semangat
tradisi kuno ini.
Festival memancing musim sejuk di Tasik Chagan, tasik air tawar terbesar di wilayah ini dan salah satu daripada sepuluh tasik air tawar terbesar di seluruh China, masih mengekalkan kaedah tradisi menangkap ikan warisan budaya Mongolia tertua terus diamalkan sejak lebih dari 1000 tahun lalu.
Video:scmp.com
Tasik Chagan yang meliputi kawasan seluas hampir 500 kilometer persegi, setiap tahun menghasilkan hingga 6000 tan ikan dari 68 spesiesnya yang berlainan. Tasik ini tidak hanya menyediakan sumber makanan yang banyak kepada penduduk tempatan sejak dinasti Liao dan Jin kuno, yang terbentang dari abad ke-10 hingga ke-13, tetapi juga memupuk budaya unik memancing dan memburu musim sejuk.
Setiap tahun, memancing musim sejuk bermula sekitar 26-28 Disember, dan biasanya berlangsung selama 68 hari. Jumlah tangkapan ikan boleh mencecah berjuta-juta kilogram ikan. Pada tahun 2016, para nelayan berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness dengan mengangkut 260 tan ikan dalam satu tangkapan, lebih kurang berat satu pesawat Boeing 737.
Pesta memancing yang penuh dengan tradisi
Mengikuti tradisi kuno,
sebelum memancing musim sejuk bermula, penduduk tempatan mengadakan upacara
besar untuk menghormati dewa-dewa tasik dan surga kerana memberikan makanan,
serta memberkati jaring besar yang akan mereka gunakan semasa proses memancing.
Pemimpin nelayan mempengerusikan upacara dengan meletakkan persembahan di atas meja, menyalakan dupa dan mengumumkan permulaan memancing.
Pasukan nelayan mempunyai
sekurang-kurangnya 50 hingga 60 orang anggota, masing-masing mempunyai
pekerjaan tertentu. Walaupun dengan akses kepada teknologi moden, nelayan hanya
bergantung kepada kuda dan dua tangan mereka sendiri ketika menebar jaringnya
setiap musim sejuk di Tasik Chagan.
Pemimpin, yang dikenali sebagai "Yubatou," adalah yang paling berpengalaman dalam kumpulan dan menentukan lokasi pemburuan. Dengan memerhatikan kedalaman tasik dan ciri-ciri dasar, pemimpin mencari lokasi. Nelayan kemudian menggerudi beratus-ratus lubang di lapisan ais setebal 50 sentimeter.
Jaring ikan yang besar
biasanya sepanjang 2000 meter, kemudian ditenun melalui lubang untuk membentuk
sejenis kandang di bawah ais. Nelayan kemudian mengendarai kuda untuk memutar
roda raksasa untuk menarik jaring besar ke darat.
Ikan terbesar dalam tangkapan
pertama dipercayai sebagai “tuah atau bernasib baik”, akan dilelong dengan
harga tertinggi. Harga Ikan tuah seberat 25 kilogram, dijual dengan harga
850,000 yuan (129,000 dolar AS).
Dalam budaya penangkapan ikan kuno, ikan terbesar adalah simbol panen, dan mereka percaya nelayan yang menangkapnya akan memiliki tahun yang makmur. [news.cgtn.com]
0 Comments