Subscribe Us

Jintan Hitam (Habbatussauda) Menjana Kesuburan Lelaki Dan Wanita

Jintan hitam atau habbatussauda, rempah terkenal dari Tanah Arab ini sejak sekian lama sudah diakui memiliki banyak khasiat kesihatan seperti sakit kepala, radang sendi, hidung tersumbat, dan masalah pencernaan.

 

Namun, apa yang lebih menarik berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan mengungkapkan bahawa habbatussauda bermanfaat untuk kesuburan lelaki dan wanita.

 

Habbatussauda atau jintan hitam mempunyai ciri khas rasa pedas dan sedikit pahit.  Aromanya mirip seperti lada dan oregano [rempah daripada pelbagai herba, terutama niarjoram, digunakan untuk masakan Itali dan Mexico]

 


Rempah ini diketahui memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Sejak lama, jintan hitam dikenal pasti digunakan untuk mengatasi masalah sesak nafas.

 

Kandungan jintan hitam yang paling utama adalah antioksidan thymoquinone. Selain itu ia mengandungi karbohidrat, protein, lemak sehat termasuk asam oleat dan asam linoleat, kalsium, serat, zat besi, natrium, dan kalium.

 

Dengan deretan nutrisi tersebut, tidak hairan ada banyak manfaat habbatussauda untuk kesuburan kaum lelaki dan wanita seperti berikut:

 

1. Memperbaiki Kualiti Sperma

Habbatussauda dapat memperbaiki kualiti sperma. Dalam hal ini ia memperbaiki gerakan sperma pada lelaki.

 

2. Meningkatkan Jumlah Sperma

Selain kualiti, kuantiti sperma juga meningkat hasil mengonsumsi habbatussauda. Dalam sebuah studi klinis “The use of Nigella sativa as a single agent in treatment of male infertility” (2013), setelah 3 bulan pengubatan, jumlah sperma mereka meningkat secara signifikan. Selain peningkatan pergerakan sperma secara signifikan, volume semen juga meningkat setelah 3 bulan pengubatan.

 


3. Cegah Ejakulasi Awal

Tidak ada satu pun lelaki yang ingin mengalami ejakulasi awal. Nah, habbatussauda berkesan membantu mencegah ejakulasi awal dengan mendorong kinerja otot dan sistem pembuluh darah di arena penis.

 

4. Peredaran Darah di Penis Menjadi Baik

Kandungan kalium di dalam habbatussauda juga sangat membantu kesuburan. Mineral tersebut membantu peredaran darah di penis semakin baik atau lancar.

 

5. Meningkatkan Stamina Pria

Kandungan magnesium di dalam habbatussauda membantu meningkatkan stamina. Ketika berhubungan intim, stamina sangat diperlukan agar aktiviti seks bertahan lama.

 

6. Menjaga Keseimbangan Hormon

Magnesium masih berperanan menjaga keseimbangan hormon. Ketika hormon dalam kondisi seimbang, efeknya juga akan positif pada organ reproduksi anda. Hal tersebut membuat peluang kehamilan lebih tinggi.

 

Selain meningkatkan jumlah cairan semen lelaki, jintan hitam juga meningkatkan kadar hormon seks seperti testosteron dan progesteron pada wanita.

 

7. Libido Meningkat

Ketika libido meningkat, aktiviti seks juga akan semakin menyenangkan. Kandungan zat besi di dalam jintan hitam ternyata dapat membantu meningkatkan libido. Zat besi akan meningkatkan hemoglobin yang baik untuk libido.

 

8. Menjaga Sel Telur dalam Kondisi Baik

Sudah dijelaskan di atas bahawa kandungan utama dari jintan hitam adalah antioksidan. Kandungan ini dapat menjaga kualiti sel telur wanita berada dalam kondisi yang bagus.

 

Namun, konsumsi habbatussauda harus diimbangi dengan pola hidup sihat lainnya, seperti rutin bersenam dan berhenti merokok, agar kualiti sperma terjaga. [klikdokter.com/WebMD]

Post a Comment

0 Comments