Ia memiliki mata yang besar mengambil saiz sebahagian tengkoraknya, memberikan penglihatan pada waktu malam yang sangat baik, sementara celah di kelopak matanya membantu merasakan pergerakan pemangsa walaupun ketika sedang tidur.
Burung hantu potoo memiliki saiz mulutnya yang sangat besar dan kelihatan sangat menyeramkan ketika ia membuka mata dan mulutnya yang besar itu.
Burung hantu pooto biasanya suka bertenggek di dahan pokok yang patah atau tiang pagar kayu, ia menjadikan tunggul pohon yang sedikit berlekuk sebagai sarang tempat bertelur. Telurnya berbintik tunggal diletakkan di bahagian atas tunggul.
Burung hantu potoo yang hebat menghabiskan
sebahagian besar waktunya bertenggek tegak di dahan atau tunggu kayu menyamar
diri menjadi tunggul pohon.
Burung berukuran panjangnya
sekitar 38cm dengan bulu berwarna kelabu-coklat membantunya menyamar diri menyatu
dengan pokok atau tiang kayu. [
0 Comments