Benarkah Kacang Kacang Soya Boleh Besarkan Payudara? Berikut Penjelasan Doktor Fiona Amelia - orangmuo.my

Post Top Ad

Benarkah Kacang Kacang Soya Boleh Besarkan Payudara? Berikut Penjelasan Doktor Fiona Amelia

Share This

Wanita dianggap lebih menarik dan seksi jika berpayudara besar. Oleh itu ramai wanita yang berusaha untuk menambah ukuran payudara agar lebih yakin diri. Salah satu anggapan yang popular masyarakat iaitu dengan pengambilan makanan kacang soya.  Namun, benarkah cara ini boleh membesarkan payudara secara alami?


Payudara terdiri daripada jaringan lemak serta kelenjar susu dan salurannya, yang berperanan dalam proses menyusui. Proporsi antara keduanya ditentukan oleh faktor genetik. Namun, ukuran sel lemak berkaitan rapat dengan berat badan sehingga mempengaruhi ukuran payudara seseorang.

 

Umumnya, wanita dengan jumlah sel lemak yang lebih banyak memiliki ukuran payudara yang lebih besar pula. Mengapa? Ini kerana apabila berat badan bertambah, ukuran payudara pun membesar. Sel lemak di dalam payudara akan membesar agar dapat menyimpan kelebihan energi.

 

Meskipun demikian, jika kelenjar susu dan salurannya lebih banyak daripada sel lemak, ukuran payudara tidak akan banyak berubah dengan bertambahnya berat badan.


Banyak produk yang mendakwa bahawa payudara boleh diperbesar dengan rutin mengambil makanan berasaskan kacang soya. Alasannya, kerana soya mengandungi isoflavon fitoestrogen dan genistein, yang kerjanya serupa hormon estrogen di dalam tubuh wanita berperanan dalam pertumbuhan jaringan payudara.

Akan tetapi, efek isoflavon dalam soya terhadap ukuran payudara tidak pernah diteliti secara ilmiah melalui ujian klinikal. Justeru, sehingga kini belum ada bukti ilmiah yang mampu membuktikan bahawa pengambilam makanan soya dan produk daripadanya dapat memperbesar ukuran payudara secara signifikan.


Satu-satunya aspek yang sudah pernah dikaji adalah efek isoflavon soya terhadap risiko kanser payudara. Sebahagian besar kajian ini menunjukkan bahawa  soya dalam bentuk alami seperti susu soya, tahu dan tempe bersifat protektif atau dapat menurunkan risiko kanser payudara.

  

Selain soya, isoflavon ini juga terkandung dalam bahan makanan lain seperti labu, terong, kacang merah, bawang putih, dan biji rami. Namun begitu soya memang memiliki kadar isoflavon yang tertinggi berbanding yang lainnya.

 


Cara membesarkan payudara secara alami

Anda mungkin berharap bahawa hanya dengan mengonsumsi makanan tertentu dapat memperbesar ukuran payudara secara alami. Namun, hal itu masih belum terbukti efektif. Apa yang pastinya, ukuran payudara sangat dipengaruhi oleh faktor genetik.

 

Meskipun bertambahnya berat badan dapat memperbesar ukuran payudara, dan bahagian tubuh lainnya, jaringan lemak payudara hanya mampu menyimpan sedikit kelebihan kalori. Sisanya, akan disimpan di bahagian tubuh lain seperti paha, perut, dan pinggang. Tentunya, hal ini tidak ada sesiapa inginkan.


Jika anda ingin payudara tampak lebih besar secara alami, cara terbaik adalah dengan membiasakan serta mempertahankan postur tubuh yang baik. Usahakan agar posisi tubuh tegak dengan dada membusung ketika anda duduk atau berdiri.

 

Selain itu, bersenamlah supaya otot-otot dada lebih tegang dan kuat agar dapat menopang payudara dengan baik.  Cara-cara ini sudah terbukti berkesan untuk memperbaiki tampilan payudara anda.


Meskipun demikian, konsumsi isoflavon daripada soya disarankan tidak lebih dari 900 mg/hari. Jika cara di atas belum berhasil, mungkin anda dapat mempertimbangkan untuk berdiskusi dengan doktor mengenai tindakan medis yang boleh dilakukan untuk memperbesar payudara, misalnya dengan implan payudara. (Gambar-gambar di atas sekadar hiasan)[dr.Fiona Amelia MPH]

No comments:

Post Bottom Ad