Sebuah video pendek yang
dikongsi oleh Zoo Lesnaya Skazka di Barnaul, pintu masuk ke pergunungan Altai, Siberia
menunjukkan seekor anak harimau Amur Siberia berusia lapan bulan 'menyanyi' dengan
suara bernada tinggi yang paling luar biasa.
Suaranya yang mirip dengan kicauan burung, tangisan dan monyet tertawa pada waktu yang sama adalah cara kegemaran anak harimau Amur Siberia untuk menarik perhatian ibunya, kata seorang pegawai taman haiwan pada rakaman itu.
Anak harimau itu sebenarnya sangat sihat, tekaknya tidak sakit. Inilah panggilan yang ia gunakan sejak awal kelahirannya untuk menarik perhatian ibunya dari semua anak-anak harimau lain.
Harimau Amur adalah spesies kucing terbesar di dunia, kini secara beransur-ansur pulih dari ambang kepupusan. Jumlah spesies harimau siberia pada masa ini adalah kurang daripada 600 ekor haiwan dewasa - 95% populasi dunia. Kebanyakannya tinggal di wilayah Primorsky, Khabarovsk, Amur dan Autonomi Yahudi di Timur Jauh Rusia. [Gambar dan video: Zoo Oksana Vasilyeva / Barnaul/ siberiantimes.com]
0 Comments