Qiddiya, Arab Saudi akan menjadi ibu kota hiburan, sukan dan seni dunia menjelang 2030. Bandaraya Qiddiya terletak 40km dari kota Riyadh menjanjikan pengalaman pelancongan yang tiada tandingannya, ia adalah salah satu dari sejumlah "projek giga" yang merupakan bahagian inti dari peralihan ekonomi kerajaan yang ketika ini hanya bergantung sepenuhnya daripada hasil minyak.
Qiddiya Investment Co. (QIC) sedang membangunkan projek hartanah utama di Qiddiya yang akan merangkumi unit kediaman, komersial dan pejabat untuk menarik syarikat, lapor CNBC Arabia.
Projek ini mempunyai komponen sukan utama, yang akan dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Sukan Saudi, untuk menjadi tuan rumah sebahagian dari kegiatan Sukan Asia.
QIC akan memulakan kerja untuk
fasa pertama projek tahun ini. Kerja infrastruktur yang dilakukan setakat ini
tidak terjejas oleh COVID-19.
Projek pembangunan yang dipelopori oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman, Saudi Vision 2030 adalah strategi nasional yang bercita-cita tinggi untuk memastikan bahawa kerajaan adalah berdaya maju dan progresif, dengan ekonomi yang teguh, pada akhir dekad ini.
Sebahagian projek dijangka siap dan akan dirasmikan pada tahun 2023, seperti taman Six Flags dan kawasan hiburan, katanya, selain menambah pembangunan hartanah dan aset lain juga sedang dirancang.
QIC akan bekerjasama dengan firma Saudi untuk mengembangkan ekonomi tempatan, sementara syarikat antarabangsa akan dicari hanya sekiranya kekurangan kepakaran tempatan.
Projek ini mendapat perhatian
global di mana perbincangan lebih mendalam dilakukan dengan bakal pelabur di berbagai
sektor, yang merupakan kunci untuk mempelbagaikan ekonomi Saudi.
Qiddiya adalah sebahagian dari strategi pelancongan kerajaan dan merupakan pusat untuk menarik pelancung, terutama berdasarkan pertumbuhan penduduk Riyadh.
Projek ini dijangka akan mencipta 1 juta peluang pekerjaan baru di mana 60
peratus pekerjanya adalah warga Saudi, dengan rancangan untuk menambah jumlah
mereka dalam beberapa tahun akan datang.
QIC dimiliki sepenuhnya oleh
Dana Pelaburan Awam Kerajaan dan tertakluk kepada undang-undang Saudi. Projek
ini terletak satu jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dan 40
minit dari pusat Riyadh, dengan keluasan 334 km persegi. [arabnews.com/ ameinfo.com]
0 Comments