Peria merupakan salah satu tumbuhan yang mudah ditemukan di negara kita. Umumnya ramai menganggap peria sebagai sayur, sebenarnya peria termasuk ke dalam golongan buah-buahan kerana memiliki biji di dalamnya. Kebiasaannya buah peria ini sering ditumis untuk dijadikan sayuran atau digoreng sebagai lauk.
Peria juga memiliki reputasi agak negatif bagi sebahagian orang kerana rasanya yang pahit. Sebaliknya peria telah
digunakan dalam pengubatan tradisional sejak sekian lama kerana ia banyak manfaatnya.
Buah peria mengandungi berbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh, kaya dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, dan vitamin K. Selain itu, di dalamnya juga terkandung mineral penting seperti magnesium, kalsium, potassium, dan zink.
Dalam perubatan Ayurveda
misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi membantu merawat ekzema
dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria
untuk membantu mengubati malaria serta demam.
Bagi masyarakat Melayu, selain
dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian
kerana dipercayai membantu merawat diabetes.
1. Menjaga Pencernaan
Peria dapat membantu menjaga
kesihatan pencernaan anda. Walaupun rendah kalori, peria kaya dengan kandungan
serat, vitamin, dan mineral.
Serat makanan membantu
pencernaan yang baik dengan gerakan peristaltik yang mendorong makanan sepanjang
saluran pencernaan. Peria juga bermanfaat untuk menghilangkan gangguan
pencernaan dan mencegah sembelit.
2. Meningkatkan Imuniti
Peria kaya akan kandungan
vitamin C yang mampu membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Peria juga
dapat mengaktifkan sel pembunuh alami dalam tubuh yang dapat melawan berbagai
penyakit.
Kandungan vitamin C dalam
peria juga mampu melawan radikal bebas untuk mengurangi risiko kanser kulit dan
kerosakan sel.
3. Mencegah Gangguan
Penglihatan
Ramai orang yang terkena gangguan penglihatan termasuk degenerasi makula atas faktor usia dan katarak. Peria mengandungi zat beta-karoten dan vitamin A yang sihat untuk mata dan dapat memperkuat penglihatan. Selain itu, vitamin A juga diperlukan untuk menjaga selaput lendir dan jaringan lembut lainnya agar tetap sihat.
4. Membantu Kulit Tetap Sihat
dan Cantik
Vitamin yang terkandung di
dalam buah peria membantu pemulihan kulit daripada berbagai penyakit seperti
eksim dan psoriasis. Selain itu, ia juga mampu memurnikan darah dan menjadikan
kulit bebas toksin. Inilah yang membantu agar kulit anda tetap sihat dan licin. [rujukan dari berbagai sumber/ liputan6.com]
0 Comments