Mutiara melo adalah permata yang wujud secara semulajadi dihasilkan oleh spesies siput besar laut yang disebut Volutidae, di dalam cengkerangnya dikenali sebagai Melo Melo.
Mutiara melo terbentuk ketika perengsa berada di bawah cangkang siput, menyebabkan haiwan itu mengeluarkan rembesan untuk mengurangkan ketidakselesaannya. Selama beberapa tahun kemudian lapisan rembesan tersebut membentuk mutiara Melo.
Warna mutiara melo biasanya berkisar
dari warna coklat hingga kuning atau oren, bergantung pada warna cangkang siput
permata itu, namun mutiara melo berwarna oren adalah yang paling mahal
harganya.
Seperti mutiara tiram, Mutiara Melo tidak mengandungi nacre; sebaliknya komposisi melo adalah daripada kalsit dan aragonit, menjadikan permukaannya berkaca halus yang kadang-kadang memiliki corak api sama seperti mutiara tiram.
Walaupun ia terbentuk dengan cara yang sama seperti mutiara tiram, dengan lapisan rembesan terbentuk disebabkan oleh gangguan penceroboh asing, mutiara Melo Melo memerlukan masa selama beberapa dekad untuk berkembang dengan saiz lebih besar dan bentuk yang ketara, bujur, bulat, atau kerikil.
Mutiara Melo oren hanya terdapat dalam satu dari beberapa ribu cengkerang, amat jarang dijumpai, selain warnanya yg sangat cantik, eksklusif, dan sebab itulah mutiara melo oren mempunyai nilai harga yang sangat tinggi, harganya boleh mencecah sehingga RM 1.4 juta untuk sebutir sahaja.
Siput mutiara melo tidak dapat diternak seperti siput mutiara lain kerana sehingga kini siput mutiara melo melo itu belum berjaya dikultur untuk diternak. Ini bermaksud mutiara Melo hanya dijumpai pada siput melo asli di lautan yang terbentuk secara semulajadi.
Permata melo hanya terdapat di Laut China Selatan dan Laut Andaman, di perairan cetek di pantai Vietnam, Thailand dan Myanmar. Mutiara melo biasanya dihasilkan oleh siput laut pemangsa yang disebut Volutidae.
Video - Tuah seorang pemandu lori warga Thailand telah menemui mutiara Melo oren yang sangat bernilai di dalam makanan laut yang dibelinya di sebuah pasar, hanya beberapa minggu selepas seorang nelayan lain menemui permata serupa bernilai £ 250,000 di pantai.
Monthian Jansuk, 40, membeli cengkerang 'siput epal dengan harga 50 baht (£1.20) di sebuah pasar berhampiran rumahnya di wilayah Chonburi, Thailand , pada 10 Februari 2021.
Monthian Jansuk dan isterinya amat
terkejut apabila anak lelakinya yang makan isi siput telah dimasak, mengeluarkan
sebutir mutiara oren daripada mulutnya yang cantik seberat 7 gram.
0 Comments