Subscribe Us

Kejadian Luar Biasa, Gurun Sahara Dilitupi Salji

CAIRO: Suhu menurun mendadak di gurun Sahara hingga -3C, menjadikan sebuah kota di kawasan gurun kering tanah tinggi berpasir di Algeria telah dilitupi salji.

 

Penurunan suhu ini menyebabkan bandar Ain Sefra mengalami salji buat kali keempat dalam tempoh 42 tahun. Tiga kali yang lain adalah pada tahun 1979, 2017, dan 2018. Pada tahun 2017, ribut salji telah melanda kawasan tersebut hingga dilitupi salji setebal satu meter di Ain Sefra.

Jurugambar Karim Bouchetata menyiarkan gambar dan video luar biasa mengenai cuaca unik di bandar terpencil ini.

 

Ain Sefra terletak di Pergunungan Atlas, 1000 meter di atas permukaan laut dan dikenali sebagai "pintu masuk ke padang pasir."  Ia terletak di wilayah Naama, Algeria, di bahagian utara Sahara, berhampiran dengan sempadan Maghribi. [arabnews.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan