Hampir setiap orang menyukai
makanan enak. Ada beberapa makanan lazat termahal di dunia yang harganya nencecah
ribuan ringgit sepotong.
Berikut 4 senarai makanan lazat dan termahal di dunia seperti disalin dari berbagai sumber.
1. Fugu
Para chef wajib berhati-hati ketika
menyiapkan daging ikan fugu alias ikan buntal untuk dimasak. Chef harus pakar
dalam menghindari pemotongan daging yang beracun.
Jika gagal racun tersebut akan mencemari bahagian lainnya. Selain bahagian isinya yang enak, beberapa bahagian lainnya juga turut disajikan seperti kulit, organ, atau potongan daging goreng ikan buntal kerana memiliki aroma menggoda tetapi sangat berisiko. Ikan Fugu ini dijual dengan harga RM500.00 setiap 450 gram atau RM1200.00 1kg
2. Otoro
Otoro merupakan bahagian
daging ikan tuna yang mempunyai kandungan lemak paling banyak sehingga lebih
lembut dan juga kaya rasa.
Otoro terletak pada bahagian
perut ikan tuna sirip biru atau bluefin dengan warna merah yang lebih cerah
dari bahagian lainnya. Jika anda ke sebuah restoran sushi, harga sepotong kecil
otoro bernilai RM100.00.
Katanya, yang paling lazat adalah tuna yang ditangkap pada musim dingin yaitu ketika ikan tuna menggemukan badan sehingga lemaknya lebih banyak, dan harganya juga lebih mahal.
3. Wagyu
Daging yang satu ini mungkin
kita terdengar tidak asing di telinga kita. Wagyu merupakan jenis daging sapi
termahal, harganya sekitar RM1100 setiap 450 gram.
Kualiti daging ini memang diakui
oleh juru masak seluruh dunia. Sama ada steak, strip, atau iga, dengan daging
wagyu benar-benar mengangkat rasa masakan. Jika sudah dipotong, akan terlihat
jelas perbezaan daging wagyu dengan banyaknya bahagian putih yang merupakan
lebih lembut dan kaya rasa.
Daging wagyu termahal adalah yang berasal dari Kobe, Jepun. Sapi wagyu Kobe ini dikenal amat sulit dikembang biakkan sehingga ekspotnya terbatas membuat harganya semakin tinggi.
4. Ayam Cemani
Ayam cemani adalah ayam yang
mengalami hiperpigmentasi yang menjadikannya berwarna hitam. Mulai dari bulu,
daging, tulang sampai organ-organnya semuanya berwarna hitam. Ayam cemani termasuk
dalam senarai daging termahal kerana dipercayai memiliki manfaat pengubatan,
walaupun memang belum diketahui pasti dari segi ilmiah.
Ayam ini juga sulit dibiakkan
sehingga jumlahnya sedikit yang membuatnya jarang ditemui dan cukup sulit
dicari. Di Amerika saja, hanya ada satu perternakan ayam cemani, dan harganya
sekitar RM3 000-RM6 000 seekor.
0 Comments