Pernahkah anda mendengar mengenai Camel Barbering? Bulu haiwan unta yang tebal dan kasar memungkinkan untuk menghasilkan reka bentuk serta corak yang sangat menakjubkan seolah-olah menyerupai karpet.
Karachi, merupakan salah satu pasar ternakan terbesar di Asia. Pedagang dan gembala dari seluruh wilayah Sindh di luar bandar membawa unta mereka untuk berdagang di kawasan luar bandar yang sibuk di Karachi. Dengan begitu banyak haiwan yang memenuhi pasar, penjual harus melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menjadikan stok mereka lebih menonjol dan menarik tumpuan kepada pembeli.
Di sinilah seni tukang gunting
unta atau ‘Camel Barbering’ yang kurang dikenali memainkan peranan sangat
penting kepada para pedagang unta.
Secara umumnya, penjual mahukan
unta mereka kelihatan terbaik. Lagipun, siapa yang mahu membeli unta jelek?
Membeli salah satu daripada haiwan ini pembeli terpaksa membuat keputusan yang
besar kerana harganya yang mahal.
Dengan banyaknya unta yang
ada, para pedagang pasti perlu mencari jalan supaya unta-untanya kelihatan
lebih menonjol dan dapat menarik perhatian pembeli.
"Pembeli lebih suka
mencari yang paling cantik," kata seorang peniaga. "Kami mencari
khidmat tukang gunting unta seperti Ali Hassan untuk menjadikan haiwan dagangan
'makeover'”.
Beberapa minggu sebelum Hari
Raya Korban, adalah yang paling sibuk. Ali mengenakan harga antara 2,000 hingga
3,000 rupee (sekitar $ 15) untuk seekor unta.
Sekali pandang anda mungkin berfikir bahawa corak yang terdapat pada badan unta
adalah permaidani, ia sebenarnya adalah hasil rekaan seni kreatif atas tubuh
haiwan hidup oleh tukang gunting seperti
Ali Hassan!
Ali boleh menggayakan lebih dari 14 reka bentuk corak yang berbeza berdasarkan ukuran dan warna bulu unta kerana etiap unta mempunyai sifat bulu yang berbeza.
Dia melakukan semua ini hanya dengan
sebilah gunting sederhana. Anda mungkin berfikir bahawa sesuatu yang begitu
spesifik memerlukan peralatan khas. Keseluruhan proses menggunting memakan masa
hingga empat jam.
0 Comments