Lebuh raya enam lorong yang
sibuk boleh membahayakan hidupan liar. Bahagian Sumber Hidupan Liar Utah
membuat rancangan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan melindungi keselamatan
hidupan liar.
Pada bulan Disember 2018, jambatan hidupan liar atau jejantas Parley's Canyon telah dibuka secara rasmi, ia sebuah jejantas atas lebuh raya paling sibuk khas hanya untuk laluan haiwan liar melintasi lebuh raya, dengan suasana semula jadi di mana jejantas ini dilengkapi hiasan batu kerikil, kayu balak dan batu-batu besar.
Haiwan liar biasanya memerlukan
masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan di persekitarannya, dan para
pegawai percaya ia akan memakan waktu bertahun-tahun sebelum jambatan itu
digunakan oleh haiwan-haiwan liar, sebaliknya haiwan itu jelas berterima kasih atas
pilihan alternatif dan para penyelidik melihat kejayaan yang tidak dijangka apabila ia hanya memakan waktu hampir semalam saja haiwan-haiwan liar tersebut mula menggunakan jejantas.
Jabatan Perhubungan Utah dan Universiti Negeri Utah memantau "lalu lintas" di jejantas menggunakan kamera tersembunyi, ternyata amat mengejutkan apabila mereka melihat banyak nyawa haiwan yang telah diselamatkan dengan terbinanya jejantas tersebut.
Dalam sebuah video yang disiarkan pada bulan November, rusa, beruang, landak, tupai, bobcats dan rakun berlumut di seberang jalan berkerikil, menggunakan laluan jalan selamat berulang-alik ke seberang lebuh raya untuk mencari makan.
"Ianya berkesan!"
Utah Division of Wildlife Resources menulis di Facebook . "Seperti yang
anda lihat, tahun kedua jalan raya ini berjaya membantu hidupan liar berhijrah
dengan selamat di Interstate 80 yang sibuk dan pemandu kenderaan juga lebih
selamat daripada berlakunya kemalangan. [thedodo.com/]
0 Comments