Memiliki kuku yang berkilau
akan membuat seseorang tampil dengan lebih mempesona dan yakin diri. Justeru cara
membuat kuku berkilau secara alami penting diketahui. Kuku akan terlihat lebih
sihat dan bersih.
Cara membuat kuku berkilau secara alami ini hanya menggunakan bahan alami, seperti buah limau, lidah buaya, garam, bawang putih, kulit semangka, dan masih banyak lagi. Bahan-bahan ini mampu membersihkan kuku dari kotoran yang terdiri dari kuman dan bakteria.
Berikut cara membuat kuku
berkilau secara alami dari berbagai sumber:
Air Limau
Merendam kuku dengan air limau
akan memberikan efek yang cukup baik untuk kuku. Kuku akan terlihat lebih
bersih dan berkilau. Cara membuat kuku berkilau secara alami dengan air jeruk
sangat mudah.
Caranya, siapkan air hangat
dalam sebuah bekas, lalu campurkan perasan air limau ke dalamnya. Rendamlah
kuku selama 15-20 minit, lalu bilas mengggunakan air bersih untuk menghilangkan
rasa melekit akibat air limau.
Air Garam
Sediakan air hangat dalam bekas. Tambahkan garam
secukupnya dan aduk hingga garam larut. Jika dirasa sudah larut sempurna,
rendamlah kuku tangan dan kaki beberapa saat. Lakukan rendaman secara berulang
dengan jeda beberapa saat.
Bawang Putih
Bawang putih membantu
membersihkan kuku kotor dan membuatnya lebih berkilau. Bahkan, bawang putih
juga mampu menyah kuman dan bakteria yang menempel pada kuku.
Ambil satu ulas bawang putih yang sudah dikupas. Kemudian oleskan bawang putih secara perlahan pada kuku tangan dan kaki. Setelah selesai, bilas dengan air hangat atau air biasa.
Lemon
Lemon mengandungi vitamin C.
Kandungan inilah yang akan mengangkat sel-sel mati atau sisa-sisa cat pada
kuku.
Perawatan dengan lemon akan membuat
kuku menjadi lebih mengilau. Cuba terapkan lemon yang sudah dipotong pada kuku.
Gosokkan secara perlahan dan tunggu beberapa saat lalu bersihkan.
Kulit Semangka
Selain dapat membuat kuku
nampak lebih bersih, kulit semangka juga akan membuat kuku lebih berkilat.
Anda hanya perlu menggosokkan kulit semangka pada kuku tangan dan kaki. Tunggu sampai air kulit semangka pada kuku mengering. Jika sudah, bersihkan dengan tisu atau handuk hingga kuku nampak mengilat.
Lidah buaya
Lidah buaya tidak hanya baik
menjaga kesihatan rambut dan wajah. Tanaman herbal ini baik untuk menjaga kesihatan
kuku.
Sediakan gel lidah buaya yang
masih segar. Kemudian, oleskan gel lidah buaya ke kuku jari tangan maupun jari
kaki.
Diamkan selama 15-30 minit
agar gel tersebut bekerja untuk membuat tampilan kuku terlihat bening dan berkilau.
Selepas 15-30 minit, bilas jari-jari dengan menggunakan air hangat.
Cukup Nutrisi
Setelah melakukan semua
perawatan dari luar, langkah berikutnya adalah dengan merawat kuku dari dalam. Pemenuhan
nutrisi dengan mengonsumsi makanan atau
minuman yang baik bagi kuku dengan beberapa jenis makanan dan minuman yang
mengandungi kalsium, seperti yogurt, susu, keju, dan yang lainnya, begitu juga
sayuran yang banyak mengandung zat besi dan vitamin A serta buah-buahan menjadikan kuku anda tetap sihat dan cantik. ( liputan6.com)
0 Comments