Subscribe Us

Kerajaan Selaras Gred Doktor Kontrak UD41 ke UD43-Bernama


KUALA LUMPUR - Kerajaan setuju melaksanakan pelarasan gred kepada pegawai perubatan kontrak Gred UD41 kepada Gred UD43. 


 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, keputusan dipersetujui kerajaan pada 13 November lalu itu bagi menghargai perkhidmatan diberikan pegawai dan membolehkan menerima emolumen setara dengan pegawai lantikan tetap.


 "Pelarasan gred itu juga dipanjangkan kepada pegawai pergigian kontrak. Ini kerana pegawai perubatan dan pegawai pergigian lantikan kontrak turut memikul beban tugas setara dengan pegawai lantikan tetap.


"Pegawai dinaikkan pangkat ke Gred 44 selepas memenuhi syarat kenaikan pangkat dan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya dua tahun,” katanya.


 Menurutnya, keputusan itu bersesuaian dengan pendekatan ‘Malaysia Prihatin’ diamalkan kerajaan pada masa ini dan selaras dengan prinsip upah mengikut kerja.  

“Pelarasan gred ini juga selaras dengan perbekalan skim perkhidmatan yang membenarkan pegawai perubatan dilantik secara kontrak atas Gred UD43 yang setara dengan gred kenaikan pangkat UD44,” katanya.


 "Keputusan ini berupaya memberi impak positif ke arah mengukuhkan keharmonian organisasi dan meningkatkan lagi motivasi pegawai dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. - Bernama/sinarharian

Post a Comment

0 Comments